China – Seorang anggota polis yang menjalankan rondaan di sebuah lebuh raya Shanghai-Chengdu di Chongqing, China tidak menyangka akan melihat ‘aktiviti’ tidak senonoh dari pasangan suami isteri dalam kejadian 1 Oktober lalu.
Menurut laman Shanghaiist, sewaktu melakukan rondaan, anggota polis berkenaan melihat sebuah kereta diletakkan di tepi lorong kecemasan dan dilitupi dengan sehelai kain penutup kenderaan.
Disangkakan kenderaan itu kosong dan ditinggalkan kerana mengalami kerosakkan tetapi ia ternyata meleset apabila mendapati seorang kanak-kanak perempuan sedang lena di tempat duduk hadapan.
Tambah mengejutkannya lagi apabila mendapati sepasang suami isteri yang berada di bahagian tempat duduk belakang dengan tidak mengenakan ‘seurat benang’ pun pada badan mereka.
Menurut suspek, mereka dalam perjalanan ke sebuah gunung berdekatan untuk bercuti dan berehat sempena Hari Kebangsaan negara itu.
Namun semasa dalam perjalanan, anak perempuan mereka mengadu mengantuk lalu mereka berhenti di lorong kecemasan tersebut.
Jelas mereka, tindakan menutup kenderaan dengan kain penutup bertujuan untuk memudahkan anak perempuan tidur namun tidak menyangka keadaan itu bertukar sebaliknya apabila mereka lemas dalam gelora nafsu masing-masing.
Tindakan tidak senonoh pasangan itu yang melakukan hubungan seks di tempat awam mendapat ‘syarahan’ percuma daripada anggota polis berkenaan kerana menyalahgunakan lorong kecemasan.
Namun insiden yang berlaku itu menimbulkan seribu persoalan dalam kalangan netizen tentang bagaimana suspek boleh menutup seluruh kenderaan dari dalam keretanya.
-kualalumpurpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan