"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Patah mayat sebelum dimasuk dalam karung

Orissa – Satu video menunjukkan pekerja hospital mematahkan mayat seorang wanita tua supaya mudah dimasukkan ke dalam karung sebelum mengangkatnya menggunakan kayu, kejadian kedua berkait dengan kekurangan ambulans sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di India.

Video berkenaan menunjukkan pekerja sebuah hospital di Orissa mematahkan pinggul wanita berusia kira-kira 80 tahun yang mati selepas dilanggar kereta api dan memasukkannya ke dalam karung untuk diangkat.

Ia muncul sehari selepas satu video menunjukkan seorang lelaki terpaksa berjalan sejauh enam kilometer dari hospital sambil mengangkat mayat isterinya yang mati kerana batuk kering.

Kedua-dua kejadian yang berlaku di Orissa, negeri di timur India. Video mengenainya yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian televisyen mengundang kecaman orang ramai mengenai layanan pihak berkuasa terhadap penduduk miskin.

“Ini amat menyedihkan. Kami akan siasat. Kami akan mengambil langkah bagi memastikan ambulans yang mengangkat mayat,” kata Ketua Menteri Orissa, Naveen Patanik.

Hospital awam di India enggan menyediakan ambulans untuk membawa mayat, memaksa keluarga si mati menyewa kereta mayat dengan kos yang tinggi.

Sistem kesihatan awam di India berdepan kekurangan infrastruktur dan tenaga manusia dengan kerajaan hanya membelanjakan kurang lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Bank Dunia.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: