SEORANG bapa dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menjadikan anak kandungnya sebagai hamba seks selama 20 tahun dan mempunyai lapan anak hasil perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.
Domingo Bulacio, 56, dituduh merogol anak perempuannya berulang kali selama dua dekad.
Ujian DNA membuktikan bahawa Bulacio bertanggungjawab terhadap lapan kehamilan anak perempuannya.
Bulacio akhirnya ditangkap selepas wanita itu membawa anak bongsunya berjumpa doktor.
Doktor bertanyakan tentang bapa kandung budak lelaki itu dan dia telah memberitahu perkara sebenar.
Bulacio ditahan pada Januari 2016 selepas melarikan diri daripada polis dan menjadi buruan selama 45 hari.
Dia ditemui bersembunyi sejauh 30 batu dari kampung halamannya di sebuah rumah saudara di Loreto, Santiago del Estero, utara Argentina tengah.
Selepas menjalani ujian DNA, Bulacio dituduh melakukan jenayah seks dan kini dibicarakan.
Menurut laporan tempatan, mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya yang didera secara fizikal oleh Bulacio.
Enam daripada lapan kanak-kanak itu tinggal di sekolah asrama Eva Peron di Santiago del Estero, media tempatan melaporkan.
Tidak ada maklumat lanjut tentang ibu mereka yang namanya tidak didedahkan.
Kes itu ditangguhkan sehingga minggu depan. -metroUK
-mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan