"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kuliah Subuh untuk Ustaz Ahmad Dusuki

ZUKRI AKSAH
Dasuki Rani sindir ‘Ini bukan negara Taliban’.
Assalamualaikum Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan Salam Perjuangan…

Tidak salah menegur kesombongan orang, kalau pada pandangan kita orang itu telah berlaku sombong. Tetapi jangan menegur kesombongan dengan kesombongan juga. Jika ustaz merasa orang itu sedang merasa pembalasan atas kesombongan itu, ingatlah pembalasan untuk ustaz juga dalam perjalanan.


Isunya bukan sekadar pembetulan fakta. Isunya perbandingan fakta yang bersifat FITNAH. Ingatlah fitnah itu dosanya lebih teruk dari membunuh. 

Susah sangatkan seorang yang mengiktiraf dirinya sendiri sebagai ustaz (ahli agama) untuk meminta maaf atas kekhilafan fitnah itu? 

(Saya harap ia tidak disengajakan) Ustaz mengata fakta yang silap, bukan ustaz yang salah. Bukankah itu sombong dan berlagak? Adakah ustaz ahli syurga?

Harus saya beri amaran bahawa sifat ahli agama dan ahli syurga yang sombong memperlekehkan orang lain adalah sifat Azazil, penghulu segala malaikat, bendaharawan syurga, yang kemudiannya dilaknat menjadi Iblis kerana keengganannya sujud kepada Adam. 

Kealiman Azazil tiada taranya di kalangan malaikat, walaupun dia sendiri bukan malaikat, apalagi kalau mahu dibandingkan dengan ustaz. Ustaz mengajar manusia di masjid, sedangkan Azazil mengajar malaikat di syurga.


Keratan dari FB Dusuki Rani Berbanding dengan kesombongan mereka yang jahil, saya lebih takut bila orang yang mengaku ahli agama berlagak sombong… 

Benarlah hanya Allah yang layak memakai pakaian “kesombongan” itu, bukan Azazil, dah tentulah bukan juga ustaz. Ustaz meletak pangkal nama ustaz dengan gelar ustaz, semacam memberitahu orang lain yang ustaz adalah ahli dan arif agama. Jangan salah guna dan cemarkan gelaran tersebut, ia gelaran yang mulia. Ustaz mewakili parti yang dikata parti ulama’.

Ulama’ adalah pewaris Nabi ustaz, maka perlu mewarisi sifat Nabi, antaranya Siddiq, bersifat benar dan membenarkan segala yang benar. 

Ustaz sudah memalsukan satu kebenaran bahawa banjir di Kelantan dahulu memakan lebih banyak korban. Kalau bah kuning itu satu pembalasan atas kesombongan, kesombongan siapakah itu ustaz? Sekian sahaja kuliah dhuha tanpa masjid dan makmum dari saya. 
Wallahua’lam.

Tiada ulasan: