"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi wanita berusia 25 tahun ini dipenjara kerana menyanyi sambil makan pisang

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang penyanyi Mesir kerana salah satu klip video lagunya yang didakwa mengandungi perbuatan lucah.

Dalam klip video berjudul A'ndy Zrouf (Saya Ada Isu) itu, penyanyi wanita yang dikenali dengan nama pentas Shyma dilihat memakai pakaian dalam sambil memakan pisang di dalam kelas di hadapan lelaki dewasa dengan gaya yang mencolok mata.

Video berdurasi dua minit itu sebelum ini tular dan hangat diperkatakan di laman sosial Mesir dan dikritik dalam program-program televisyen negara itu.

Reuters melaporkan, penyanyi berusia 25 tahun itu turut didenda 10,000 pound Mesir (RM2,282) dan dibenarkan merayu keputusan itu di mahkamah lebih tinggi.

Selain Shyma, turut didenda dan dihukum penjara adalah pengarah video berkenaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan lucah dan menghasilkan video yang boleh menjejaskan moral orang awam.

Shyma atau nama sebenarnya Shaimaa Ahmed ditahan pada 18 November lalu sebelum dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan.

Dia mengaku tidak bersalah dan mendakwa pengarah memasukkan adegan kontroversi itu tanpa mendapat kebenarannya.

Shyma sebelum ini telah memohon maaf melalui akaun Facebooknya dan berkata dia tidak sangka hal itu boleh terjadi.

“Saya tidak bayangkan semua ini boleh terjadi dan saya akan dikecam oleh ramai orang, sebagai penyanyi muda.. yang sejak kecil bercita-cita menjadi seorang penyanyi," katanya.

Media turut melaporkan pihak berkuasa Mesir di bawah Presiden Abdel-Fattah el-Sissi ketika ini giat menjalankan operasi penahanan ke atas golongan artis yang didakwa menggalakkan kegiatan tidak bermoral.
-malaysiakini

Tiada ulasan: