MALAYSIA DATELINE
Tun Mahathir tolak usaha Ku Li untuk ambil kerajaan Kelantan, dakwa Husam.
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penyelamat kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas pada pilihan raya umum 1995 dari diambil alih oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Umno.
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu berkata, dengan arahan menteri besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika itu, beliau bersama Datuk Fadzil Noor, presiden Pas dan Datuk Abdul Halim Rahman menemui Tun Dr Mahathir.
“Menjelang pilihan raya 1995, Ku Li masuk Umno balik.
“Tok Guru panggil ambe minta cari jalan agar jangan bagi Ku Li disokong Umno dan ambilalih Kelantan.
“Tiga pemimpin Umno, termasuk Datuk Osu Sukam dan dua peguam terkenal mewakili Umno berjumpa kami di Perdana Resort,” kata Husam.
Hasilnya, kata Husam, Tun Dr Mahathir memberitahu Datuk Megat Junid, pemimpin Umno ketika itu, kenapa perlu Umno ambil alih Kelantan.
“Yang susah-sudah nak ambil Kelantan ini, kerajaan Kelantan ini kerajaan Melayu ke tidak,” tanya Tun Mahathir yang kemudiannya menolak cadangan agar Umno dan Ku Li mengambil alih Kelantan dari Pas, cerita Husam.
“Perkara ini Ustaz Hadi (Presiden Pas) tak tahu, ustaz Mad (MB Kelantan) Nik Amar (TMB) tak tau, Sudin singa (Exco) tak tahu.
“Ini adalah bukti bahawa Tun Mahathir ni ada jasa kepada kerajaan Pas Kelantan,” kata Husam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan