"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siti Kasim ditahan atas dakwaan culik, halang tugas polis

Peguam Siti Kasim ditahan polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tangkapan itu, yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi Facebook Live, didakwa berkaitan dengan seorang wanita yang merupakan anak guam Siti.

Siti didakwa beberapa mengurung anak guamnya itu secara paksa.

Namun, berdasarkan video Facebook Live itu, seorang wanita, yang dipercayai anak guam Siti yang dimaksudkan, dilihat bersuara dan menafikan dakwaan bahawa Siti menculiknya.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana "takut" dengan ibunya.

Siti juga mendakwa anak guamnya "diperangkap" oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis yang "menunggu untuk menangkap" anak guamnya.

Ibu anak guamnya, menurut Siti, telah membuat laporan polis mendakwa anak guamnya "tidak stabil secara mental" dan "akidahnya dipersoalkan".
-malaysiakini

Tiada ulasan: