"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai keluar Pas jika kerjasama Umno?

NURUL FIRDAUS KHAIRI

SHAH ALAM - Kerjasama Pas bersama Umno dilihat sebagai satu komitmen yang besar kepada akar umbi.

Penganalisis Politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keadaan itu menyebabkan mereka perlu berhati-hati kerana tidak mahu memberi kesan negatif dan bimbang ramai akan keluar dari Pas.

Menurutnya, faktor sejarah juga penting apabila sebelum ini pernah bersama Perikatan.

"Sebenarnya mereka bimbang tidak mahu sejarah berulang apabila berlaku peristiwa yang menyebabkan mereka keluar dari Perikatan.

"Selain itu misi dan visi yang berbeza juga menyebabkan mereka berkira-kira apabila Pas pernah bersama Perikatan pembangkang dengan tahaluf siyasi dengan DAP," katanya kepada Sinar Harian.

Nik Ahmad Kamal berkata, soal pengundi atas pagar juga memainkan peranan di mana Pas sebenarnya ingin mendapat sokongan pengundi atas pagar juga.

Katanya, Pas sedia maklum mereka yang berada di atas pagar ini akan mengundi Pas pada PRU15 jika Pas mengendalikan hubungan dengan Umno secara berhati-hati.

Bagaimanapun, terdapat juga kelompok yang atas pagar masih ingin mengundi calon Pas dengan syarat Pas tidak bekerjasama dengan Umno.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan hubungan mesra kedua parti itu tidak disalah tafsir.

Tiada ulasan: