"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi isytihar menang pemilihan Wilayah Persekutuan, Rafizi pintas Azmin di depan

PEMILIHAN PKR | Rafizi Ramli mendahului pesaingnya Datuk Seri Mohamed Azmin dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu pada minggu ketiga pemilihan PKR yang sedang berlangsung.

Rafizi berada di kedudukan hadapan dengan hanya 48 undi. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menamakan pemenang kerana sekitar 75 peratus pemilih yang layak masih lagi belum mengundi.

Pada penghujung minggu ini, Rafizi berkaya merapatkan jurang saingan di antara dirinya dan Azmin dengan mendapat kemenangan tipis di Kelantan dan Pahang sepanjang dua hari lalu serta di Wilayah Persekutuan pada hari ini.

Jumaat lalu, Rafizi menang selesa di Terengganu dengan majoriti 289 undi. Bekas MP Pandan itu memperolehi 5,211 undi manakala menteri hal ehwal ekonomi mendapat 4,922 undi.

Bagi persaingan naib presiden PKR, pendahulu saingan berdasarkan undi yang diperolehi ialah Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua and Shamsul Iskandar Md Akin.

Terdapat 10 calon naib presiden tetapi hanya empat teratas yang akan dipilih.

Pemilihan PKR akan diteruskan pada lima lagi penghujung minggu sehingga 10 November hadapan.
-malaysiakini


FMT Reporters 
PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini mengisytiharkan dia menang pemilihan PKR di Wilayah Persekutuan.

Calon timbalan presiden itu kini dia sudah memenangi 4 daripada 6 negeri yang sudah menjalankan pemilihan, dan menawan 51 bahagian daripada 88 bahagian.

Rafizi berkata dia memperoleh 16,160 undi atau 50.1% berbanding penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memperoleh 16,112 undi atau 49.9% di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

“Saya terhutang budi kepada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memberi undi dan memenangkan saya,” katanya.

Menurut Rafizi, keputusan rasmi tanpa undi ragu menunjukkan dia memperoleh 2,934 undi di Wilayah Persekutuan berbanding Azmin yang mendapat 2,794 undi.

“Saya juga menang di 7 dari 13 bahagian,” katanya.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota di 13 bahagian. Pengundian bermula seawal 10.00 pagi tadi dan berakhir 5.00 tadi.

Tiada ulasan: