Bernama
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri dikenakan perintah reman sehingga 5 petang tadi kerana didakwa mendera 3 pembantu rumah warga asing di sebuah banglo di Kajang, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kedua-dua suspek ditahan 8 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
“Kedua-dua mereka dibawa ke Mahkamah Kajang hari ini untuk mendapat permohonan reman sehingga 5 petang tarikh sama (3 April) oleh Majistret Mahkamah Kajang, Nor Afidah Idris,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, polis merakam percakapan semua mangsa wanita berusia 25 hingga 41 tahun itu yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.
Jumaat lalu, 3 wanita itu mendakwa ditampar dan ditumbuk majikan mereka yang bergelar Tan Sri dan Puan Sri di sebuah banglo, sebelum melarikan diri untuk mendapatkan bantuan di kedutaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan