Al-Abror Mohd Yusuf
Menelusuri laluan Jalan Sungai Lembing hingga ke Kuantan sejak beberapa hari lalu, saya seperti berada dalam deja vu.
Untuk beberapa detik, saya perlu mengingatkan diri sendiri berkali-kali bahawa saya berada di negeri Umno, bukan Kelantan.
Ini adalah Kuantan.
Kata-kata itu saya tegaskan kira-kira sama dengan semangat yang ditunjukkan oleh para penyokong Liverpool semasa mereka - dengan megah - meraikan kemenangan di Anfield.
"This is Anfield."
Lalu serentak dengan itu terbayang pula wajah jernih Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Beliau ialah salah seorang peminat setia The Kop dan pengagum Jurgen Klopp.
Bersama jutaan yang lain, mereka pemuji Mo Salah dan Sadio Mane.
Di sekita Kuantan, di tepi-tepi jalan - dan macam biasa, di kiri kanan jambatan - bendera hijau dengan bulatan putih di tengah-tengahnya berkibar megah ditiup angin di celah-celah bendera Jalur Gemilang dan putih hitam yang dinaikkan separuh tiang.
Ini adalah Kuantan.
Tidaklah keterlaluan sangat rasanya kalau dikatakan Kuantan dan sekitarnya sudah dihijaukan oleh PAS. Hanya beberapa hari saja lagi ribuan muktamirin PAS akan berkampung di Kuantan untuk menghadiri perhimpunan tahunan mereka.
Muktamar itu bahasa Arab. Muktamirin itu - yang bermaksud orang yang menghadiri muktamar - juga bahasa Arab. PAS memanglah kena banyak berarab-araban untuk menunjukkan betapa mereka adalah parti Islam yang benar.
Bayangkan kalau perhimpunan tahun ini dinamakan Himpunan Tahunan PAS ke-65, atau Persidangan Tahunan PAS ke-65, maka akan janggal sangatlah ia.
Ada yang boleh ditanyakan
Dulu ia memang dinamakan mesyuarat agung tahunan pun. Hinggalah pada 1977, barulah ia dinamakan sebagai muktamar.
Tidak dapat dipastikan selama mana istilah muktamar akan digunakan. Dan tidak ada jaminan ia tidak akan dinamakan perhimpunan agung pada masa depan. Ehem!
Inilah Kuantan.
Banyak yang menarik untuk diperhatikan dalam muktamar yang berlangsung di negeri ditadbir Umno ini.
Seperti Liverpool, kita juga menanti-nanti siapakah yang akan menjadi Salah, siapa Mane, siapa Jordan Handersen, siapa Alisson Becker.
Siapa pula yang membawa watak Klopp?
Ia boleh ditanyakan kerana pada muktamar kali ini kira-kira 1,300 perwakilan akan memilih dan memberi mandat kepada calon-calon yang bakal membawa parti itu bergerak ke depan.
Tanpa sebarang hu-ha-hu-ha, pertandingan untuk jawatan tinggi berlangsung dengan hampir tidak disedari ramai orang. Ia berbeza benar dengan parti siasah lain di negara ini.
Namun ia bukanlah aneh sangat untuk parti bernama PAS. Ia adalah lumrah. Pemilihan dalam PAS hanya menjadi aneh kalau ada kata-mengata, pergaduhan, tumbuk-menumbuk, sindir-menyindir atau bentak-membentak. Semuanya tidak lumrah.
Kecualilah kehadiran 'cai'.
Walak tak payah soal
Latar muktamar kali ini juga ada banyak, meski ada yang kelihatan cuba didiamkan. Antaranya mengenai isu kartel dedak dan persaingan kumpulan-kumpulan 'membela' Abdul Hadi Awang.
Ia melibatkan individu seperti menantu Abdul Hadi sendiri dan beberapa pemimpin lingkaran dalaman yang mengelilingi Abdul Hadi.
Umum juga tertanya-tanya siapakah "Hussam II" yang disebut Zaharudin Muhammad itu? Adakah dia bertanding kali ini? Kalau bertanding, bagaimana nasibnya?
Kalau tidak bertanding pula, apa takdirnya di tangan barisan baru kepemimpinan PAS?
Bagaimana hasil pemilihan nanti akan memberi gambaran awal kepada sifir PAS untuk dua tahun mendatang.
Namun debaran itu tidaklah membara sangat kerana awal-awal lagi pimpinan PAS sudah menekankan perintah tersirat agar semua anggota parti berwalak tanpa soal.
Lebih kurang, respon yang diharapkan oleh pimpinan tertinggi pada waktu kritikal ini ialah: kami dengar dan kami taat. Titik.
Alasannya, ada lebih yang diketahui oleh pemimpin PAS berbanding anggota biasa. Ia kira-kira samalah macam kiasan Mohd Amar Nik Abdullah dulu. Pemimpin PAS berada di tempat yang tinggi - di atas pokok.
Sakit yang amat
Dan untuk berlaku adil, tidak mudah sebenarnya bercokol di atas pokok, apa lagi berlama-lama di situ. Di sana akan ada angin bertiup kencang yang perlu didepani.
Itu belum lagi diambil kira kemungkinan semut dan kerengga yang mungkin menjalar.
Cuma kalau ada musim buah, orang di ataslah dapat menikmatinya terlebih dulu. Itulah 'karomah' orang yang di atas.
Terserah kepada anggota bawahan untuk terus mendongak dan sesekali bersuara, atau - kalau yang diatas agak leka mengupas dan mengunyah buah-buahan - gegarkanlah sedikit batang pokok itu.
Bukanlah bermaksud gegaran itu untuk menyebabkan orang di atas jatuh. Ingat: pokok PAS itu tinggi benar tegaknya.
Kalau jatuh, sakit yang amat. Terlebih-lebih pula kalau orang yang di atas itu tidak ada kemahiran menghadapi kejatuhan.
Gegaran juga bertujuan untuk menyedarkan. Ada kalanya duduk di atas pokok akan mengkhayalkan.
Bukan saja kerana kedudukan itu tinggi dan ada panorama indah, hembusan bayu yang mengalun-alun dahan boleh menyebabkan orang ketiduran.
Dan kemudian akan bermimpi yang indah-indang. Ingat, kata kuncinya ialah: mimpi.
Tapi mana mungkin pemimpin PAS bermimpi, kan? Hanya parti sekular dan terlepas daripada suluhan langit akan bermimpi.
Jadi, kecil benar kemungkinan ahli bawahan parti akan bersuara menyanggah apa yang keluar dari mulut pemimpin mereka. Dan muktamar kali ini akan berlangsung dengan tenang.
Setenang angin yang berpuput di Kuantan ini.
Beruntunglah pemimpin yang terpilih. Bertuahnya ahli yang memilih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan