"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PN TERDESAK?

Shahbudin Husin
Siapa musuh Warisan?

Jawabnya sudah tentu BN dan PN.

Siapa pula musuh BN dan PN?

Jawabnya sudah tentu Warisan.

Adakah ini bermakna BN dan PN bersahabat?

Ya, mereka bersahabat tetapi mereka juga bermusuh sesama sendiri dalam waktu yang sama.

Pertama, masing-masing BN dan PN ada calon Ketua Menteri sendiri yang mahu ditonjolkan.

Maknanya, mereka ada dua calon Ketua Menteri yang berbeza dan berebut jawatan antara satu sama lain.

Ia tidak sama dengan Warisan Plus yang hanya ada seorang saja calon Ketua Menterinya.

Kedua, berikutan itu, masing-masing antara BN dan PN cuba untuk memenangi lebih kerusi supaya jawatan Ketua Menteri berpihak kepada mereka.

Dalam keadaan ini, BN dan PN bukan saja mahu mengalahkan Warisan, tetapi antara mereka juga ingin menewaskan antara satu sama lain.

Ertinya, BN mahu PN menang kerusi yang sedikit dan PN pula ingin BN kalah lebih banyak kerusi yang mereka tandingi.

Lantaran demikian, antara taktik yang dikesan ialah melalui cubaan mengelirukan pengundi seperti mempamerkan logo PN tetapi meletakkan simbol dacing di sebelahnya.

Walhal, BN yang menggunakan simbol dacing bukan anggota PN dan PN bukan sebahagian daripada BN, sebaliknya BN dan PN hanyalah anggota GRS bersama PBS yang tidak pun didaftarkan secara sah.

Adakah ini bermakna PN lebih terdesak untuk memastikan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri?

Apakah PN lebih takut Bung Mokhtar Radin yang berjaya menjadi Ketua Menteri selepas 26 September nanti? (Shahbudindotcom 21/09/2020)

Tiada ulasan: