FMT Reporters
PETALING JAYA: Ahli Parlimen dari Umno Azalina Othman Said meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, beliau mengundurkan diri hari ini bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang “menetapkan semula” fungsi Dewan Rakyat.
Dalam kenyataan, beliau menyatakan keperluan Dewan Rakyat berfungsi sebagai “forum persaingan profesional dan kerjasama antara parti mengenai polisi dan urus tadbir negara.”
“Dengan pelantikan perdana menteri baharu dan tuntutan awam yang jelas mahukan kerjasama rentas kepartian, saya telah meletak jawatan (sebagai timbalan speaker).
“Ini untuk memberi kerajaan dan pembangkang ruang lebih luas untuk bertindak memastikan Dewan Rakyat yang mulia ini boleh benar-benar berfungsi sebagai forum kerjasama dan saingan secara professional antara parti mengenai soal urus tadbir dan dasar,” kata Azalina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan