"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar tolak bincang dengan Dr M

  VOTESOPINIONWORLDBUSINESSPROPERTYSPORTSLIFESTYLESCHOLARSHIPSGALLERY


Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Tiada keperluan untuk berbincang dengan Dr Mahathir Mohamad, kata Anwar Ibrahim sekali gus menamatkan sebarang kemungkinan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Pejuang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH itu berkata, lebih baik beliau bertemu pengundi yang sedang berdepan masa sukar, daripada mengambil bahagian dalam percaturan politik.

Anwar berkata, mengambil kira kemungkinan banjir ketika pelaksanaan pilihan raya umum, lebih baik masa diperuntukan mendengar suara rakyat menerusi program jelajah ke seluruh negara, menjelang PRU15.

“Ini bukan masa bawa rancangan (politik) peribadi. Adalah lebih baik bagi kita mendengar masalah rakyat dan melihat bagaimana kita dapat membantu mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis mengumpul dana di Ibu Pejabat PKR Pulau Pinang, malam tadi.

Kenyataan Anwar itu sejajar dengan pengumuman PH yang menolak untuk berbincang dengan Mahathir.

Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution, berkata “Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.”

Saifuddin juga mengucapkan kepada Mahathir selamat maju jaya sekiranya bekas pengerusi PH itu memilih bertanding dalam PRU.

Mahathir yang mengetuai Gerakan Tanah Air (GTA), sebelum ini berkata, beliau bersedia bertemu Anwar bagi berbincang kerjasama politik pada PRU15.

Beliau menggesa pimpinan pembangkang mengetepikan ego masing-masing dan bersama dengan satu tujuan menentang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), seperti dilakukan pada 2018, sehingga PH berjaya menumpaskan BN dari tampuk kuasa.

Tiada ulasan: