"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PH hanya akan menang federal jika menang kerusi Tambun, Titiwangsa

BORHAN AHMAD

Pakatan Harapan hanya akan menang di peringkat persekutuan jika Datuk Seri Anwar menang kerusi Tambun, kata Setiausaha Penerangan Media Sosial DAP, Syahredzan Johan menerusi Twitter beliau.

Katanya, orang bertanya kepada beliau, kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah tetapi Pakatan Harapan menang, siapa akan menjadi perdana menteri.

PH akan menang jika menang di Tambun, kata Syahredzan.

“Pertama saya yakin DSAI akan menang di Tambun.

“Kedua, kalau PH hendak menang federal, PH kena menang kerusi macam Tambun,” kata calon Pakatan Harapan yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Bangi itu.

Langkah Anwar mengumumkan akan bertanding di Tambun, Perak mengejutkan banyak pihak kerana mereka bimbang apakah Anwar boleh menang atau tidak di kerusi itu.

Selain Anwar, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad juga membuat keputusan yang sama iaitu meninggalkan kerusi yang dimenangi beliau selama tiga penggal, Shah Alam dan beralih ke Titiwangsa.

Menurut Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Datuk Asmuni Awi, banyak lagi percaturan berisiko tetapi berstrategi tinggi akan diambil oleh Harapan untuk memastikan pengundi seluruh negara turun mengundi pada 19 November dengan keyakinan dan doa untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan baharu.

Katanya, pengumuman Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun memang mencabar dan berisiko.

Tetapi pada masa yang sama, keputusan itu telah meletakkan Harapan untuk berjuang semaksimumnya untuk memastikan kemenangan rakyat diperoleh pada 19 November nanti, katanya.

Selain Anwar, keputusan AMANAH mencalonkan Khalid Abd Samad di Parlimen Titiwangsa juga merupakan pengorbanan yang luar biasa.

Katanya, meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen ini telah dikuasainya selama tiga penggal dan pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.

“Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai Wilayah Harapan,” katanya.

Tiada ulasan: