"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

200 orang warga asing lancar mogok di Genting Highlands

Amir Hamzah Nordin

am@hmetro.com.my

Bentong: Lebih 200 orang pekerja asing melakukan mogok di Amber Court, Genting Highlands, dekat sini, kira-kira 8 pagi, 2 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, bertindak di atas maklumat, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bergegas ke tempat kejadian.

"Dua orang warga asing dipercayai ' ketua kumpulan berkenaan disoal siasat kerana melancarkan mogok dan enggan memberi kerjasama sebelum dibawa ke Balai Polis Genting Highlands untuk disiasat.

"Didapati hampir 200 orang yang disyaki warganegara asing berkumpul dan berhimpun melakukan mogok diketuai dua orang lelaki berkenaan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, sebelum itu, pihaknya memberi amaran kepada individu yang mengetuai mogok itu supaya bersurai dan tidak melakukan kacau ganggu di tempat awam.

"Punca kejadian mogok itu disebabkan berlaku perselisihan faham antara syarikat dan pekerja.

"Syarikat memaklumkan punca mogok akibat daripada ketidakpuasan hati pekerja berkenaan gaji dan jadual kerja, "katanya.

Zaiham berkata, polis berjaya mengawal keadaan setelah menasihatkan pihak pengurusan dan kumpulan yang melancarkan mogok untuk berbincang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan serta menganggu ketenteraman awam.

"Mohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan perkara ini diselesaikan pihak pengurusan serta pekerjanya dengan cara baik atas nasihat polis. Pemantauan di lokasi berkenaan juga dilakukan secara berkala," katanya.

'YUBRAJKARKI3' kerana berhimpun dan melancarkan mogokdi Amber Court, Genting Highlands, dekat sini, kira-kira 8 .00 pagi, pada2 Januari lalu.

Tiada ulasan: