KOSMO!
Phra Uthit ditemui mati tergantung di sebatang pokok di dalam hutan. - Thaiger
BANGKOK – Seorang sami di Thailand yang sebelum ini menyerang cucu perempuannya yang berusia 17 tahun telah ditemui mati tergantung di dalam hutan, lapor portal berita Thaiger semalam.
Seorang pegawai penyiasat berkata, mayat sami bernama Phra Uthit, 56, ditemui kelmarin, tetapi dia dipercayai meninggal dunia selepas membunuh diri kira-kira seminggu lalu.
Pada Sabtu lalu, pegawai dari Balai Polis Phibun Mangsahan dipanggil ke sebuah kuil di bandar Ubon Ratchathani, wilayah Isaan di mana seorang gadis bernama Ae ditemui.
Ae ditemui dalam keadaan kecederaan parah oleh neneknya di penginapan seorang sami di Kuil Baan Na Gae daerah Phiboon Mang Sa Harn di Udon Ratchathani pada 8 Januari lalu.
Dia dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. Kamera keselamatan di kuil merakam Uthit melarikan diri dengan motosikal Ae selepas serangan itu.
Polis menemui sepucuk surat di lokasi kejadian percaya bahawa Uthit menyukai Ae dan cemburu terhadap persahabatan mangsa dengan seorang lelaki yang dikenali mangsa baru-baru ini.
“Saya bayar segala-galanya untuk awak, yuran pengajian, yuran pergigian, aksesori, apa sahaja yang awak mahu. Saya tidak mempunyai peluang untuk menyentuh awak. Awak abaikan semua yang saya buat untuk awak,” demikian surat tersebut.
Uthit, 56, menjadi suspek dan waran tangkap dikeluarkan terhadap dirinya.
Polis menerima panggilan bahawa penduduk kampung tempatan telah menemui mayat Uthit di dalam hutan tidak jauh dari padang bola Sekolah Ban Nakae di mukim Rawe, daerah Phibun Mangsahan.
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka menghidu bau busuk yang menyengat dan mendapati mayat Uthit tergantung pada pokok dengan tali yang menjerut lehernya.
Uthir dipercayai membunuh diri kerana tertekan dengan kes itu selain ingin melarikan diri daripada ditahan polis.
– Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan