"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biarkan Anak Umur 4 Tahun Pegang Pistol Berisi Peluru, Bapa Ditahan Polis

SHAFIQAH MUKHSIN

Tindakan seorang bapa yang membiarkan anaknya memegang pistol berisi peluru akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis di Indiana, Amerika Syarikat.

Satu kamera keselamatan berjaya merakam visual kanak-kanak berusia empat tahun yang memegang pistol berisi peluru hujung minggu lalu.

Bapa kanak-kanak itu, dikenali sebagai Shane Osborne, 45, ditahan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak di sebuah apartmen di Beech Grove, lapor WTHR.

Pegawai polis menemui sepucuk pistol sembilan milimeter yang berisi 15 butir peluru di lokasi kejadian.

“Saya melihatnya (video) pada keesokan harinya, dan walaupun saya tahu hasilnya semasa saya menonton video itu, saya masih takut.

“Saya tidak tahu bagaimana anda boleh menonton video itu, sebagai seorang ibu bapa atau bukan ibu bapa tanpa merasa terkejut dan terganggu,” kata Timbalan Ketua Polis Robert Mercuri.

Osborne dijangka hadir ke mahkamah untuk perbicaraan awal, pada Selasa.

Tiada ulasan: