"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jururawat Diminta Bayar RM80 Untuk Majlis Makan Malam Dengan Pengarah Hospital?

Jururawat diminta bayar RM80 untuk majlis makan malam dengan Pengarah Hospital?


WAN SITI AMINAH

Satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang menuntut kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk membayar kos makan malam di hotel tular di media sosial semalam.

Menurut tangkap layar itu, jururawat diminta untuk membayar RM 82 bagi menampung kos makan malam bersama pengarah HSNZ yang akan diadakan di Hotel Primula, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Walaupun dikatakan bayaran ini dikutip secara sukarela, namun setiap wad perlu menghantar wakil dan jika gagal wakil akan dipilih sendiri oleh ‘senior’.

Perkara ini didedahkan oleh sebuah akaun media sosial Twitter bernama CikyaNie yang berkata bahawa kos diminta agak membebankan bagi mereka yang tidak berpangkat.

“Ini apa kes pula? Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu nak buat majlis makan malam dan wajibkan staff untuk join. Masalahnya kena bayar.

“Kena bayar sampai RM80. Mungkin bagi pengarah RM80 itu tidak ada apa. Celah gigi. Tapi bagi staf bawahan?,” ciapnya.

Jururawat diminta bayar RM80 untuk majlis makan malam dengan Pengarah Hospital?
Ciapan yang dilihat hampir sejuta kali ini turut mengundang persoalan sekiranya tiada bajet khusus disediakan bagi menampung kos itu.

“Fuh bijak makan atas bawah. Peruntukan takkan tiada kot, bukan dia seorang kerja hospital ‘expect’ orang tidak tahu memang ada bajet untuk ini.

“Pau lg org bawah RM80 tu. Ini mesti pengarah yg nak pencen dah ni,” kata pengguna lain.

Pengguna bernama Mirage turut berkongsi bahawa amalan ini telah diamalkan sejak dari institusi tinggi lagi apabila rakannya harus membuat bayaran dari semester satu hingga tamat belajar.

“Member kena bayar RM30 sebulan untuk makan malam akhir semester katanya, jumlah kira-kira lebih 30 ribu sebab bermula dari semester satu. Masa belajar lagi tradisi ini,” ujarnya.

Tiada ulasan: