"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu dipercayai terlelap, 15 maut bas terjunam dari jambatan

Keadaan bas yang terjunam dari jambatan di daerah Khargone, Madhya Pradesh, hari ini. - FOTO AFP
Keadaan bas yang terjunam dari jambatan di daerah Khargone, Madhya Pradesh, hari ini. - FOTO AFP
NEW DELHI: Sekurang-kurang 15 maut dan berpuluh lagi cedera apabila bas dinaiki mereka terjunam dari jambatan di negeri tengah India, Madhya Pradesh, hari ini.

Pemandu bas itu dipercayai terlelap ketika memandu, dalam kemalangan yang berlaku di daerah Khargone, kira-kira 120 kilometer (km) selatan bandar terbesar di Madhya Pradesh, Indore.

"Setakat ini, 15 mangsa termasuk tiga kanak-kanak disahkan terkorban, manakala kira-kira 37 lagi mengalami kecederaan," kata Majistret Subdivisyen, Omnarayan Singh, kepada AFP.

Nahas bas yang mengorbankan sekurang-kurang 15 maut di daerah Khargone, Madhya Pradesh, hari ini. - FOTO AFP
Nahas bas yang mengorbankan sekurang-kurang 15 maut di daerah Khargone, Madhya Pradesh, hari ini. - FOTO AFP

Akhbar Times of India melaporkan, bas terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Indore sebelum merempuh pengadang jambatan lalu terhempas di dasar sungai yang kering.

Menurut laporan itu lagi, pemandu bas berkenaan dikatakan terlelap ketika memandu sejurus sebelum kemalangan berlaku, dan didakwa telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Berdasarkan laporan Bank Dunia dikeluarkan pada 2021, India mencatat 11 peratus daripada jumlah kematian di atas jalan raya global walaupun hanya memiliki satu peratus daripada keseluruhan kenderaan di dunia.

Laporan itu turut menganggarkan terdapat 150,000 kematian akibat nahas membabitkan kereta di India setahun atau seorang terkorban setiap empat minit. - AFP
-bharian 

Tiada ulasan: