"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pemuda PH, BN lapor SPRM, gesa siasat bajet khas RM30 juta

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kelantan bersama pemuda Barisan Nasional (BN) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan berhubung bajet khas sebanyak RM30 juta dalam Belanjawan Kelantan 2023.

Ketua Pemuda PH Kelantan, Hazmi Hassan, berkata laporan itu dibuat berikutan timbul keraguan terhadap bajet itu.

Justeru, pihaknya memohon SPRM menyiasat perkara itu kerana bimbang sekiranya bajet yang digunakan membabitkan dana rakyat.

"Kita merujuk satu status di laman Facebook atas nama Mohd Zakri berkaitan dana berkenaan. Jadi, ada kebimbangan sekiranya bajet itu disalah guna untuk tujuan pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Peruntukan RM30 juta itu dinyatakan sebagai projek khas dan kita tertanya-tanya adakah yang dimaksudkan satu peruntukan projek khas bernilai RM30 juta itu untuk kegunaan PRN?

"Sebelum ini kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan ingin menyediakan bas percuma dan kita raikan kalau ia digunakan untuk rakyat. Namun, kita masih tidak tahu secara terperinci berkait perbelanjaan RM30 juta itu," katanya selepas membuat laporan di Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Hazmi berharap pihak SPRM dapat menyiasat bagi mengelakkan peristiwa yang berlaku di Terengganu kerana akhirnya pilihan raya dibatalkan.

"Jadi untuk mengelakkan perkara ini (berulang), saya harap SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan adakah benar RM30 juta digunakan untuk rakyat atau PRN," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hazmi juga menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri berkaitan pembelian 800 hingga 900 ekor lembu oleh kerajaan Kelantan daripada satu syarikat pembekal bagi pelaksanaan ibadah korban pada 2021 dan 2022.

"Ia berkaitan soal bayaran yang didakwa belum dijelaskan, jadi kami minta kerajaan negeri memberi penjelasan.

"Kes ini juga sudah dibawa ke mahkamah oleh pihak berkenaan," katanya.

Tiada ulasan: