"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM belum terima laporan Chegubard ke atas Anwar

Malaysiakini

SPRM belum menerima sebarang memorandum atau laporan rasmi daripada ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin, walaupun setelah kunjungannya ke ibu pejabar suruhanjaya itu minggu lalu.

Badrul yang lebih dikenali dengan nama Chegubard ke ibu pejabat SPRM Selasa lalu dan mendakwa dia membuat laporan berhubung pemilikan kediaman peribadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kajang, Selangor, serta dakwaan menggunakan menggunakan beberapa kereta mewah yang bukan milik sendiri.

"Pada 11 Julai...Badrul membuat sidang media di luar ibu pejabat SPRM. Ketika itu, dia menyuarakan hasrat untuk menyerahkan memorandum kepada pondok pengawal di pintu masuk.

"Namun, pegawai SPRM memaklumkan prosedur penyerahan memorandum perlu dibuat di dalam premis dan ada pegawai yang menunggu untuk menerima (memorandum itu).

"Dia enggan masuk dan menyatakan yang dia akan serahkan maklumat melalui pos. Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang memorandum atau laporan rasmi daripadanya," kata sumber yang tahu tentang perkara itu.

Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut menafikan ada menerima sebarang memorandum atau laporan daripada Badrul mahupun individu lain.

Tiada ulasan: