"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penduduk rumah setinggan di Jalan Atas Paloh, pasang papan ‘selamat datang kerajaan Kelantan zalim’

SITI NUR ZAWANI

Penduduk rumah setinggan di Jalan Atas Paloh, Kota Bharu Kelantan memasang satu papan besar yang tertulis ‘selamat datang kerajaan Kelantan yang zalim’ sebagai tindak balas kepada perobohan rumah mereka.

Menerusi rakaman video di Facebook ‘Persatuan Penduduk Jalan Atas Paloh Hadapan Masjid Muhammadi’, beberapa rumah penduduk dilihat telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan, tanah tempat rumah itu dibina adalah milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). 

Namun, penduduk mendakwa kerajaan negeri tidak menepati janji untuk menggantikan rumah baharu.

Kerajaan Kelantan melalui anak syarikatnya iaitu PKINK sebelum ini bersetuju memberikan insentif berjumlah RM1,000 kepada ketua keluarga yang bersetuju berpindah iaitu RM500 dibayar sebelum berpindah dan baki RM500 dibayar selepas selesai berpindah.
Salah satu rumah penduduk Jalan Atas Paloh

Salah satu rumah penduduk Jalan Atas Paloh
Sungguhpun tanah yang mereka bina rumah sejak 80 tahun itu milik kerajaan negeri, tetapi tanpa belas kasihan, kerajaan negeri hanya menjanjikan bayaran pampasan RM1,000 tiap keluarga untuk dibangunkan lebih 400 unit kondominium bertingkat.

Dalam rakaman itu terlihat beberapa poster yang terlekat pada dinding-dinding rumah yang dirobohkan antaranya tertulis ‘bagi penduduk RM500 sekali bayar, YB naik gaji RM5,000 satu bulan’.

Penduduk berkumpul sambil melihat jentolak merobohkan rumah-rumah penduduk. Mereka juga melaungkan azan sepanjang proses perobohan rumah dilakukan

Di akhir proses itu, runtuhan rumah itu kemudian dibakar.

“Perobohan rumah rakyat di Jalan Atas Paloh, Kota Bharu. Mereka dihalau atas alasan duduk atas tanah kerajaan sedangkan kerajaan berjanji nak ganti rumah baharu. 

“Rumah tak beri dan hanya bagi RM500 sebelum keluar dan RM500 selepas keluar. Ini tak zalim kan? Sebab ia dilakukan oleh Pas,” kata aktivis politik Wan Mahussin Wan Zain.

Tiada ulasan: