"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 remaja ditahan disyaki buang bayi

BERNAMA

Ipoh: Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi perempuan di dalam kotak di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit, Sungai Nor, Rantau Panjang di Selama, hari ini.

Ketua Polis Daerah Selama Superintendan Sarudin Samah berkata, dalam kejadian 7.28 pagi semalam, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki bahawa beliau menemukan bayi perempuan di dalam kotak, yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu.

Beliau berkata, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat, seterusnya dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan kepada pihak polis berkenaan kejadian berkenaan.

"Hasil siasatan, pada 7 Januari 2024 (hari ini) polis berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai terbabit membuang bayi itu, serta perempuan berusia 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.

"Kedua-duanya pelajar sekolah. Kes telah selesai dengan tangkapan kedua-dua suspek terbabit," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tiada ulasan: