"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi dakwa sudah cukup SD, tunggu hari sahaja

SITI NUR ZAWANI

Usaha pembangkang menafikan rancangan merampas Putrajaya sia-sia apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengakui bahawa mereka sudah mempunyai cukup jumlah untuk menjatuhkan kerajaan.

Sanusi berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah pun memiliki jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup dan mereka sedang menanti hari untuk segala rancangan itu berhasil.

“Cukup dah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” ulasnya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan termasuk jumlah SD yang diperolehi.

Pada semalam, pejabat Ketua Pembangkang menafikan satu kenyataan tular yang dikaitkan dengan PN kononnya 118 ahli Parlimen diberi perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong bersama akuan bersumpah.

Pejabat itu memaklumkan, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial, adalah palsu.

Kenyataan media bertarikh 6 Januari yang tular itu mendakwa PN merafak syukur kerana usaha menyelamatkan negara mendapat ihsan Seri Paduka Baginda.

Kenyataan palsu itu turut menyebut, PN yakin urusan pembentukan pentadbiran baharu akan dapat dimuktamadkan selepas istiadat menghadap.

Tiada ulasan: