Wong Kang Jia
Pada 23 Dis lalu, Danny Goh berjalan ke tempat letak kereta kompleks pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur, apabila empat anggota anggota polis menahannya.
Selain memeriksa MyKad miliknya, dia mendakwa polis berkenaan juga menuntut untuk melihat telefon bimbitnya.
Memandangkan Goh bekerja dalam industri automotif, telefonnya mengandungi rekod butiran MyKad pelanggan dan ini menyebabkan polis berkenaan menuduhnya sebagai ceti.
Dia juga dituduh terlibat dalam perjudian haram apabila carian telefonnya mendedahkan laman web perjudian.
Apabila Goh menafikan tuduhan itu, polis berkenaan didakwa mengugutnya dengan pendakwaan mahkamah dan penjara, menuntut RM10,000 sebagai balasan untuk menyelesaikan perkara itu.
Selepas membuat pindahan wang awal RM1,000, dia kemudian menyerahkan wang tunai RM9,000 kepada polis berkenaan.
Berikutan itu, dia meminta bantuan pembantu Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, Dic Lai, yang menasihatinya untuk membuat laporan polis.
Lai kemudian menghubungi ibu pejabat polis daerah Sentul untuk mengesahkan identiti empat anggota polis itu.
Dia mendakwa, apabila polis berkenaan mengetahui perkara itu, keempat-empat mereka menghubungi Goh untuk menyelesaikan kes itu dan berjanji untuk memulangkan wang RM10,000.
Lai mendakwa bahawa apabila Goh enggan bersetuju dengan penyelesaian, polis berkenaan pergi ke kediamannya untuk memulangkan wang itu.
Lai mendakwa ibu pejabat polis daerah Sentul dan Dang Wangi enggan menerima laporan Goh kerana dia telah mendapatkan wang RM10,000.
Dia menambah bahawa Goh hanya berjaya membuat laporan pada "cubaan ketiga" pada Khamis lalu.
Menurut Lai, Bukit Aman dan ibu pejabat polis daerah Sentul sedang menyiasat perkara itu.
Dia berkata Goh telah dipanggil ke ibu pejabat polis daerah Sentul semalam untuk mengenal pasti polis terbabit dan dia hanya berjaya mengenal pasti tiga daripada mereka.
Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari untuk dapatkan ulasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan