"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 wanita terbunuh ketika rempuhan di pejabat pasport

BHarianonline 
Dua wanita masing-masing berusia 52 dan 39 tahun meninggal dunia awal hari ini selepas ratusan orang beratur di pejabat pasport di bandar Mandalay. - Foto AFP
Dua wanita masing-masing berusia 52 dan 39 tahun meninggal dunia awal hari ini selepas ratusan orang beratur di pejabat pasport di bandar Mandalay. - Foto AFP
YANGON: Dua orang terbunuh ketika rempuhan di luar pejabat pasport di Myanmar hari ini, menurut seorang pekerja keselamatan.

Rempuhan itu berlaku ketika ribuan rakyat bergegas meninggalkan negara itu bagi melarikan diri dari undang-undang perkhidmatan tentera junta.

Kedua-dua mangsa adalah wanita yang masing-masing berusia 52 dan 39 tahun.

"Terdapat parit berhampiran lokasi berkenaan. Mereka jatuh ke dalam parit dan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen," kata pegawai penyelamat itu yang enggan dikenali.

Seorang lagi wanita mengalami cedera ringan, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa ketiga-tiga mereka menjual token yang memberikan nombor dalam barisan.

Tiga tahun selepas rampasan kuasa, tentera sedang bergelut untuk menumpaskan penentangan bersenjata yang meluas terhadap pemerintahannya.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini ia telah kehilangan wilayah dan kawalan laluan perdagangan yang menguntungkan ke China kepada pakatan kumpulan bersenjata etnik minoriti.

Awal bulan ini ia berkata, akan menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan pihaknya memanggil semua lelaki berumur 18 hingga 35 tahun dan wanita berumur 18 hingga 27 tahun untuk berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun.

Undang-undang itu ditulis oleh junta sebelum ini tetapi tidak pernah digunakan, dan masih tidak jelas bagaimana ia akan dikuatkuasakan.

Tiada butiran diberikan bagaimana mereka yang dipanggil untuk berkhidmat, tetapi ramai orang muda tidak berminat untuk menunggu dan mengetahui mengenainya.

Minggu lalu media tempatan menunjukkan ratusan orang beratur di luar pejabat pasport di Mandalay.

Di hab komersial Yangon ribuan golongan belia lelaki dan wanita beratur di luar kedutaan Thailand bagi mendapatkan visa untuk keluar dari Myanmar minggu lalu.

Kira-kira 13 juta orang layak dipanggil, kata jurucakap junta minggu lalu, walaupun tentera hanya mempunyai kapasiti untuk melatih 50,000 orang setahun. - AFP

Tiada ulasan: