"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuntutan palsu: SPRM tahan 3 termasuk pengetua asrama

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana disyaki terbabit tuntutan palsu dianggarkan lebih RM280,000.

Sumber berkata, individu berkenaan adalah pengarah urusan, pengurus operasi syarikat dan pengetua asrama pemulihan akhlak.

"Suspek yang berjawatan Pengarah Urusan dan Pengarah Operasi di syarikat yang sama disyaki bersubahat dengan pengetua asrama berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM280,000 bagi perkhidmatan pembekalan serta penyediaan makanan di asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor.

"Ketiga-tiga suspek ini dipercayai bersubahat dan melakukan tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek lelaki berusia sekitar 30-an dan 40-an ini ditahan sekitar jam 5 petang tadi ketika hadir di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: