"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Turkiye tahan 6 individu disyaki perisik China

BHarianonline 
Penyokong minoriti Muslim Uighur China mengibarkan bendera Turkestan Timur dan Turkiye semasa tunjuk perasaan di Dataran Beyazid, Istanbul, 14 Disember 2019. - Foto AFP
Penyokong minoriti Muslim Uighur China mengibarkan bendera Turkestan Timur dan Turkiye semasa tunjuk perasaan di Dataran Beyazid, Istanbul, 14 Disember 2019. - Foto AFP
ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye menahan enam orang yang disyaki sebagai perisik China terhadap masyarakat di Uighur, manakala seorang lagi suspek sedang dicari oleh polis, lapor agensi berita Anadolu.

Pendakwa raya di Istanbul mengenal pasti tujuh orang dipercayai sedang mengumpul maklumat mengenai individu terkenal daripada masyarakat Uighur serta beberapa persatuan yang terikat dengan mereka di Turkiye, menurut Anadolu, tanpa memberikan butiran lanjut.

Dianggarkan, kira-kira 50,000 orang Uighur tinggal di Turkiye, diaspora Uighur terbesar di luar Asia Tengah.

Masyarakat Turkiye mempunyai hubungan etnik, agama dan bahasa yang rapat dengan rakyat Uighur dan kebanyakannya adalah orang Islam yang bercakap bahasa Turkiye.

Beijing sebelum ini menjadi perhatian termasuk dari Ankara berhubung layanannya terhadap minoriti Uighur.

Bagaimanapun, kedutaan China di Turkiye tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas laporan Anadolu.

Bulan lalu, pihak berkuasa Turkiye menahan 34 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan perkhidmatan perisikan Mossad Israel dan menyasarkan rakyat Palestin yang tinggal di Turkiye.

Perkhidmatan perisikan MIT sejak itu sudah menjalankan operasi lain terhadap ejen Mossad yang disyaki di Turkiye. - REUTERS

Tiada ulasan: