"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hakim dihina Hadi kerana Pas bijaksini

Harapandaily 

Ahmad Mursi

Hadi hina hakim kononnya hanya ‘bijaksini’ dan tidak ‘bijaksana’ malah akal hakim dipengaruhi penjajah. Pemimpin PAS lain pula dakwa Hakim ‘diternak’ seolah-olah hakim ini haiwan.

Tidak seperti ahli politik, hakim tidak bebas menjawab tuduhan jahat di gelanggang politik.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (yang selalu dipuji Hadi) dah nyatakan pendirian bahawa hakim kes Nik Elin mesti diputuskan berdasarkan prinsip Perlembagaan bukan ikut kemahuan mana-mana kumpulan.

Malah Tun Hamid sudah ingatkan Kerajaan Kelantan 10 tahun dulu bahawa ada seksyen dalam Enekmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah dan batal kerana bertentangan dengan Perlembagaan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sendiri akui waktu itu memang ada percanggahan bidangkuasa tapi kini kenapa pula Pas nak melenting?

Kenapa nak salahkan badan kehakiman hal yang sepatutnya dibereskan oleh badan perundangan (Parlimen & DUN) yang Hj Hadi sebahagian darinya sejak 80an?

Setiap kali masuk parlimen, Hadi dan wakil rakyat Pas bersumpah mempertahankan perlembagaan tapi mereka faham ke sumpah itu atau hanya SUMPAH PALSU?

Jika Hadi dan pemimpin Pas lebih ‘bijaksana’, mengapa tidak usaha pinda Perlembagaan semasa jadi ‘King Maker’ tubuh kerajaan pusat ‘tebok atap’ dan jadikan semuanya syariah versi Pas dan bukan lagi hasil tangan penjajah seperti didakwa?. Kenapa bila hilang kuasa baru berbunyi garang?

Sejak dulu hingga kini, ahli2 Parlimen Pas berbahas, gubal dan pinda undang-undang Sivil di Parlimen yang mereka dakwa ‘bukan Syariah’, ‘tidak Islam’ dan ‘tidak Takzir’ itu. Tidak berdosakah?

Penjajah telah lama tinggalkan kita, tapi otak-otak pemimpin Pas kini masih dijajah bila anggap Islam hanya ada pada beberapa aspek sempit undang-undang syariah yang digubal DUN dan undang-undang sivil tidak memenuhi Objektif syariah.

Mufti Perlis Datuk Mohamad Asri Zainul Abidin berkata seruan yang kata ‘Mahkamah Syariah itu Mahkamah Islam, Mahkamah Sivil itu Mahkamah Kafir’ mirip Daesh. Daesh itu mengamalkan prinsip khawarij berdasarkan fatwa Pulau Pinang bil. 6/2014. Itulah yang kita lihat hari ini.

Tiada ulasan: