Harapandaily
Seorang doktor perubatan menegur ‘cytro’ Papagomo yang sesuka hati mengaitkan keadaan fizikal tubuh Perdana Menteri dengan penyakit HIV.
Dr Khairul Hafidz berkata, dakwaan Papagomo yang mempunyai beberapa rekod saman fitnah itu sebagai salah fakta perubatan.
“HIV (Human Immunodeficiency Virus) ialah virus yang menyerang dan melemahkan sistem imun manusia, khususnya sel T CD4 yang memainkan peranan penting dalam melawan jangkitan.
“Penyakit ini kena mengenai dengan sel darah putih, tiada kaitan dengan apa yang dikatakan ini,” katanya sebagai respons kepada tuduhan Papagomo.
Terdahulu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris menimbulkan pertanyaan mengenai keadaan seperti benjolan di belakang tubuh PMX.
“Pakai apa tu Bapok Tua? Bra ke apa?
“Penampilan yang tak dapat diubah kan?
“Satu masa nanti melarat seluruh badan sampai ke wajah
“Satu dunia akan tahu akibat dari penyakit HIV kau tu,” tulisnya di laman X.
Mengulas lanjut, Dr Khairul berpendapat Perdana Menteri memakai baju sokongan tulang belakang.
“Lagi satu, kalau bukan ilusi optik dari kamera, saya fikir yang DSAI pakai tu back brace.
“Yang saya tahu dia ada lumbar sclerosis, kemungkinan besar beliau ada pakai back brace tersebut,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menegur agar tidak mengelirukan masyarakat terutamanya dalam perkara berkaitan fakta perubatan.
“Kalau ye pun nak berpolitik, tak payahlah sampai kelirukan orang ramai mengenai fakta perubatan,” nasihat Dr Khairul lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan