"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada dua ijazah, kuasai tiga bahasa tapi susah dapat kerja

AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
Lohanny berkongsi kisah sedihnya gagal mendapatkan pekerjaan menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya sambil memegang resume. - Agensi
Lohanny berkongsi kisah sedihnya gagal mendapatkan pekerjaan menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya sambil memegang resume. - Agensi
NEW YORK - Seorang wanita di New York, Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa sedih dan kecewa di laman media sosial apabila sukar mendapatkan pekerjaan.

Lohanny Santos, 26, yang memiliki dua ijazah berkata, situasi dihadapi ketika itu merupakan detik paling 'rendah' pernah dihadapinya.

Lebih menyedihkan, kemahiran tiga bahasa yang dikuasai Lohanny juga masih tidak mampu membantunya mendapatkan pekerjaan.

Sambil menangis teresak-esak, Lohanny berkongsi kisah sedihnya itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya dengan memegang resume.

“Sejujurnya, saya rasa sangat malu kerana saya cuma memohon pekerjaan dengan gaji paling minimun,” katanya dalam video tersebut.

Berkongsi lebih lanjut, percubaan Lohanny untuk mendapatkan pekerjaan di restoran makanan segera juga menemui jalan buntu.

“Situasi ini ternyata telah memberi tekanan kepada saya. Sekiranya saya mahu menjadi seorang TikToker, saya akan berbuat demikian.

“Tetapi saya perlu sedar, realitinya saya memerlukan pendapatan yang stabil. Saya akan terus berusaha,” jelasnya.

Perkongsian video yang dibuat oleh Lohanny itu pantas menjadi viral dan menerima lebih 23 juta tontonan.

Dia turut menerima banyak komen membina daripada warga maya.

“Tiada apa yang perlu dimalukan kerana ini memberikan anda pengalaman dunia sebenar,” kata seorang warga maya.

Ada juga warga maya yang mencadangkan Lohanny memohon pekerjaan sebagai guru ganti atau sebagai jurubahasa di lapangan terbang.

Mereka berkata, tiga bahasa yang dikuasai Lohanny mungkin dapat membantu dia mendapatkan pekerjaan tersebut. - Agensi


@sinarharianonline
Seorang wanita di New York, Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa sedih dan kecewa di laman media sosial apabila sukar mendapatkan pekerjaan. Lohanny Santos, 26, yang memiliki dua ijazah berkata, situasi dihadapi ketika itu merupakan detik paling 'rendah' pernah dihadapinya. Muzik: Eleven Tales - Welcome to the Real dari Artlist.io #SinarHarian #beritaditiktok #NewYork #PeluangPekerjaan

Tiada ulasan: