"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Terkejut lihat pesawat terjunam, tak jumpa mangsa' - Saksi

Muhaamad Hafis Nawawi dan Ruwaida Md Zain
am@mediaprima.com.my

Klang: "Saya ketika itu sedang menukar tayar kereta di luar rumah sebelum terdengar bunyi bising dan terkejut melihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam disusuli bunyi dentuman kuat."

Begitu kata Jinaidi Nasiran, 55, saksi kejadian sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, hari ini.

Penyelia kilang itu berkata, ketika kejadian dia sedang menukar tayar di hadapan rumahnya yang terletak berdekatan lokasi sekitar jam 1.30 tengah hari.

"Saya kemudian pergi memeriksa yang terletak kira-kira 50 meter dan mendapati pesawat itu sudah terjunam ke tanah kebun berkenaan.

"Pada waktu itu, saya cuba mencari mangsa namun tidak menemukannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jinaidi berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 50 meter dari rumahnya itu kali pertama berlaku di kampung berkenaan.

"Setakat ini tiada penduduk kampung tercedera dalam kejadian itu," kata bapa kepada dua anak itu.

Ketika ini sepasukan anggota polis dan bomba sedang menjalankan siasatan di sekitar lokasi berkenaan.

Kawasan itu turut ditutupi garisan larangan kuning bagi langkah keselamatan dan mengelak dikerumuni orang ramai.

Tiada ulasan: