"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Anggota polis menjalankan ujian pernafasan menggunakan alat EBA ll terhadap kedua-dua individu berkenaan. FOTO Ihsan IPD Ampang Jaya
Anggota polis menjalankan ujian pernafasan menggunakan alat EBA ll terhadap kedua-dua individu berkenaan. FOTO Ihsan IPD Ampang Jaya
Ampang: Seorang warga asing antara dua lelaki yang ditahan menerusi Ops Mabuk sempena Ops Selamat 21 di sekitar daerah ini, semalam kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi itu dijalankan bermula jam 9 hingga 11 malam sempena Tahun Baharu China 2024.

"Sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah itu berjaya menahan dua lelaki yang mana seorang daripadanya adalah warga Pakistan.

"Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan tahap kandungan alkohol dalam darah individu yang ditahan melebihi had yang ditetapkan iaitu sebanyak 50/100 mililiter sahaja had yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan milik lelaki berusia 55 dan 65 tahun itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Kedua individu ini ditahan atas kesalahan memandu kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

"Individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM 30,000," katanya.

Mohd Azam berkata, jika disabitkan kesalahan individu lesen memandu individu terbabit juga akan digantung bagi tempoh tidak lebih dua tahun.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol terutama di musim perayaan ini.

"Raikan perayaan dengan penuh suka tanpa duka dan pandulah dengan cermat serta berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang," katanya.

Tiada ulasan: