KOSMO!
Tangkap layar aksi individu mencuri beberapa helai seluar dalam.
PETALING JAYA – Seorang lelaki kantoi busuk apabila aksinya mencuri seluar dalam di ampaian berjaya dirakam individu yang berada di dalam bangunan yang dipercayai rumah flat.
Video berdurasi 2 minit 29 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen serta reaksi daripada netizen.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berkait lokasi kejadian berjaya diperoleh Kosmo!
Menerusi video berkenaan, individu itu seperti dalam kegelisahan sambil melilau persekitarannya sebelum meneruskan aksi ‘memancing’ seluar dalam yang berada di bangunan atas.
“Habis dia rembat semua tinggal la sikit. Member tu nak pakai apa la. Bongok betul,” seloroh Hafizuddin Mohdsom.
“Dah dia ambik tu pastu jerkah kuat-kuat tengok mencicit dia lari. Spender dalam seluar pun terburai keluar,” kata Zarrin Nur.
“Tu sebab arwah mak ajar jangan sidai pakaian dalam dekat luar rumah, kena sidai dalam rumah nak kna ada tempat khas,” komen Nabilah. -KOSMO! ONLINE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan