"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih 30 tahun, slogan membangun bersama Islam gagal tapi sempadan dengan Thailand yang disalahkan

Terpalit penyalahgunaan dadah paling teruk, apa kata kerajaan Kelantan?

SITI NUR ZAWANI

Penyalahgunaan dadah di Kelantan kian meruncing selepas beberapa siri pembongkaran kegiatan seludup dadah bernilai jutaan ringgit yang didalangi beberapa rakyat negeri itu.

Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata, tangkapan besar-besaran oleh pihak polis di seluruh Kelantan kebelakangan ini adalah bukti jelas bahawa penguatkuasaan di lapangan sedang berjalan dengan berkesan.

Beliau berkata, tidak perlu lagi ada persepsi negatif terhadap Kelantan kerana apa yang lebih penting ialah tindakan tegas dan hasil yang nyata.

“Kita juga sedar bahawa sebagai negeri yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran, kita berdepan cabaran unik dengan aktiviti penyeludupan yang semakin licik.

“Sempadan yang panjang, laluan tikus yang banyak serta sindiket antarabangsa memerlukan pendekatan lebih menyeluruh dan kerjasama pelbagai agensi di semua peringkat,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam, kerajaan Kelantan akan terus konsisten, tegas dan berprinsip dalam mendukung segala usaha membanteras dadah.

“Kita yakin dengan kerjasama erat semua pihak, termasuk agensi penguatkuasaan di peringkat Persekutuan, Kelantan mampu menjadi model negeri bebas najis dadah meskipun berdepan cabaran sebagai pintu masuk utama di sempadan negara,” katanya.

Kelmarin, polis Kelantan menahan pasangan suami isteri dan merampas 90 kilogram (kg) dadah jenis ganja bernilai RM3.1 juta di Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Tiada ulasan: