"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua kanak-kanak lelaki lemas terjatuh parit

Nurul Amalina Zainudin
SHAH ALAM: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Seksyen 24 di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 9 tahun dan 12 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 petang.
Komander operasi melaporkan terdapat dua mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 dan 12 tahun telah terjatuh ke dalam parit.

Operasi mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum dua kanak-kanak terbabit ditemui.

Kedua-dua mangsa dikenali Che Syazwan Irwan Shah, 12 dan Arshidayan Arijanto, 9, ditemui dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan: