Buletin TV3

Seorang budak lelaki Palestin meratapi kehilangan abangnya, Saraj Ibrahim, yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Israel di Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.- FOTO: AFP
BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila peluru berpandu Israel mengenai sekumpulan penduduk yang sedang mengisi air.
Insiden tragis itu berlaku di kem pelarian Nuseirat, Gaza semalam apabila serangan peluru berpandu Israel jelas menyasarkan lokasi yang dipenuhi orang awam.
Tentera Pertahanan Israel (IDF) bagaimanapun menjelaskan, peluru berpandu tersebut mengalami kegagalan teknikal dan jatuh beberapa puluh meter dari sasaran asal.
IDF dalam satu kenyataan kesal atas sebarang kecederaan atau kematian membabitkan orang awam.
Menurut Dr Ahmed Abu Saifan dari Hospital Al-Awda, serangan itu menghentam sebuah pusat pengagihan air di kem berkenaan, mengakibatkan enam kanak-kanak terbunuh dan 17 lagi cedera.
Krisis bekalan air di Gaza semakin memburuk sejak beberapa minggu lalu ekoran kekurangan bahan api yang memaksa loji penyahgaraman dan kemudahan sanitasi ditutup, menyebabkan penduduk bergantung kepada pusat kutipan air untuk mendapatkan bekalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan