"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Ibrahim: Mudah-mudahan esok ada pengumuman siapa dilantik menjadi Ketua Hakim Negara

Ketua hakim: Mudah-mudahan esok ada pengumuman, kata PM

Shakira Buang

Anwar Ibrahim berkata, dia sudah menghadap dan mengadakan "perbincangan panjang" dengan Majlis Raja-Raja dan pengumuman siapa yang dilantik menjadi Ketua Hakim Negara akan diketahui tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata dia yakin keputusan yang diambil itu nanti akan dapat menepis segala persepsi negatif terhadap kerajaan ekoran isu kekosongan jawatan tersebut baru-baru ini.

"Pagi ini (tadi) saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan, dan esok mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negatif terbabit.

"Insya-Allah, apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa kerajaan ini - kerajaan Madani - memang benar-benar komited kepada reformasi, termasuk prinsip kebebasan badan kehakiman," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Antarabangsa Integriti dan Tadbir Urus di Putrajaya, hari ini.

Tiada ulasan: