"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Hampir 100 gay berpesta di banglo, polis rampas ratusan kondom dan ubat HIV

Harapandaily

Polis Kelantan merampas ratusan kondom dan ubat HIV dalam serbuan di sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu.

Premis itu disewa untuk pertemuan hampir 100 gay yang disahkan polis kesemuanya merupakan anak Kelantan.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu membawa kepada penahanan hanya 20 lelaki manakala yang lain dipercayai sudah pulang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya mendapat maklumat kumpulan pengamal seks songsang itu menyewa banglo tersebut untuk acara makan-makan.

“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk aktiviti hubungan terlarang berdasarkan penemuan kondom dan ubat HIV.

“Namun, aktiviti hubungan itu belum lagi dilakukan,” jelasnya, dipetik BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap 20 lelaki yang ditahan, mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berminat.

“Daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya kita berjaya tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.

“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan.

“Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” kata Mohd Yusoff lagi.

Tiada ulasan: