"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga asing ditahan kelar leher bekas teman wanita

Ing Boon Seng

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak mengelar leher bekas teman wanitanya di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata suspek mencederakan mangsa menggunakan sebilah pisau.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang.

Suspek yang juga warga asing dikatakan mengelar bekas teman wanitanya yang juga senegara dengannya.

Suspek dan mangsa adalah penuntut di universiti swasta berkenaan.

Akibat kejadian, mangsa berusia 20 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher sebelah kiri.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suspek yang berusia 21 tahun ditahan sejurus kejadian.

Punca kejadian katanya masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100.

Tiada ulasan: