"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abang tembak mati adik kandung ditembak polis

Buletin TV3 
Lokasi kejadian mangsa maut ditembak abangnya di sebuah rumah di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, Tenom. – Foto PDRM
TENOM: Suspek kes tembak adik dikatakan naik angin selepas mendengar mangsa dan isterinya bercakap buruk mengenainya sebelum menembak mangsa menggunakan bakakuk dari jendela rumahnya di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak, berkata suspek sudah lama dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, terutama selepas bercerai dengan isterinya, manakala seorang anak perempuannya turut dipelihara mangsa.

“Pada pagi kejadian, suspek tiba-tiba naik angin apabila menuduh mangsa bersama isterinya bercakap buruk mengenai dirinya di hadapan rumah mangsa, yang boleh didengari dari rumahnya yang terletak bersebelahan.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menetak pokok buah naga milik mangsa menggunakan parang sebelum tidak berpuas hati dan mengambil senjata api buatan sendiri.

“Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari tingkap rumahnya ke arah mangsa di sebelah sehingga menyebabkan adiknya itu maut di lokasi kejadian,” katanya.
Azmir berkata, siasatan forensik masih dijalankan di lokasi dan beberapa barangan kes termasuk senjata bakakuk, peluru serta kelongsong peluru sudah dirampas untuk dianalisis lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, manakala siasatan lanjut masih diteruskan.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai ditembak beberapa kali oleh suspek yang juga abang kandungnya.

Suspek berusia 57 tahun dilaporkan menggunakan senjata buatan sendiri jenis bakakuk miliknya sebelum dia ditembak mati polis selepas enggan menyerah diri dan mengancam keselamatan anggota polis.

Tiada ulasan: