"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bas ekspres terbabas dan terbalik di Skudai, 3 mangsa tersepit

Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Sebuah bas ekspres yang dinaiki 10 individu terbabas, sebelum terbalik, di tepi laluan berhampiran Kampung Sepakat Baru, Skudai, kira-kira jam 8 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor berkata, kemalangan itu mengakibatkan tiga mangsa tersepit, manakala tiga lagi mengalami kecederaan.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai tiba di lokasi kejadian pada jam 8.29 malam.

“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Kamarulzaman Salleh.

“Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang terbabas sebelum terbalik di tepi jalan.

“Daripada 10 mangsa, tiga daripadanya tersepit di dalam kenderaan itu dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan orang awam,” katanya.

Beliau berkata, pemandu bas serta dua penumpang mengalami kecederaan, namun tidak tersepit, manakala empat lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Semua mangsa diberikan rawatan oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan St John Ambulans Malaysia sebelum dihantar untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, operasi turut membabitkan 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta sebuah EMRS.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.14 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: