"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat Remaja Perempuan Hilang Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar Jinjang dan Cheras.Yang hilang di Jinjang ialah Ng Kha Yee, 14, yang beralamat terakhir di B-15-1 Pelangi Indah Kondo Batu 4 1/2 dan Siti Syahira Sakri, 14, dari No 17, Tingkat 7 Blok PPR, Pekan Batu.

Sementara yang hilang di Cheras pula dikenali sebagai Nur Fatimah Berhanudin, 15, dari A-3A Blok A Seksyen 4 Bandar Bukit Mahkota Kajang dan Nur Shahirah Abu Bakar, 13, dari Blok 66-06-601 Flat Sri Sabah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Jamilah Aziz di talian 013-3279020 atau 03-21460698 atau Sarjan Siti Hawa Karim di talian 012-3671209 atau 012-6906525.

Mereka juga boleh menghubungi Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak IPKKL atau Bilik Gerakan IPKKL di talian 03-21460584/585, talian hotline Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau menerusi SMS yang dihantar ke 32728 atau sebarang balai polis berhampiran.

-BERNAMA-

Mayat bayi putus tangan ditemui di kawasan sampah Subang

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh penduduk, di dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata bayi malang tersebut dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaanya yang masih bertali pusat.

“Bayi lelaki itu dipercayai dibuang di kawasan sekitar kawasan timbunan sampah tersebut sejurus dilahirkan pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

-Bernama-

Pondok bas 8 kaki x 24 kaki RM45 ribu!

ZAILI MUHAMMAD
MELAKA:
Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong meminta siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), Bukit Katil, di sini, kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang murah serta berkualiti rendah.

Khoo berkata, jumlah kos yang tidak munasabah itu diterimanya melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka yang telah bersidang baru-baru ini.

"Kita mengesyaki adanya unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok bas itu yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Harga tersebut terlalu mahal, tak masuk akal, ukurannya terlalu kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki dan kalau ikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 saja," kata beliau.