"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Natang MPK, apa dia ingat Chukai pusaka tokki dia?

senik 
Assalamualikum,

Kisah bangang dan sikap natang pekerja MPK terjadi lagi di bandar Chukai hari ini, jumaat 14/1/2011,pada ketika seluruh jabatan kerajaan dan swasta bercuti hujung minggu di Terengganu.Tindakan seperti natang (binatang) pekerja MPK boleh dilihat pagi tadi ketika memcabut bendera PAS yang dipasang disepanjang jalan utama bermula dari sekolah SIS sehingga Geliga.

Bendera yang dipasang oleh petugas petugas PAS malam tadi adalah sempena menyambut program himpunan rakyat PAS ganti UMNO yang bakal berlangsung pada esok hari, 15/01 2011. MPK sudah sekian lama menunjukkan sikap natang terhadap PAS sedangkan hasil masyur MPK selama ini disumbangkan sebahagiannya oleh ahli-ahli PAS dan paling malang apabila MPK secara terang terangan menunjukkan sikap double standard ketika berdepan dengan parti politik utama di Chukai ia itu UMNO dan PAS atas nama menegakkan undnag undang kepala otak mereka. Sejak sekian lama, UMNO diberi kebebasan untuk memasang bendera mereka sehingga banyak kali kelihatan bendera UMNO di pagar pejabat MPK tanpa ada tindakan mencabutnya.Tetapi banyak kali juga bendera PAS yang dipasang di sepanjang jalan di sekitar bandar Chukai dicabut oleh pekerja MPK tanpa sedikitnya mahu mengambil kira perasaan dan sensitiviti ahli PAS terutama yang terlibat dalam kerja kerja pemasangan itu.

Apa kah undang undang memberi kuasa yang begitu kepada MPK sehingga mereka menjadi bongkak dan bangang setiap kali berdepan dengan bendera PAS?Apakah jenis undang undang ini kalau hak sebagai rakyat dan warganegara ahli ahli PAS dinodai dengan begitu mudah?Lagipun, selama ini MPK dan lain lain majlis tempatan tidak pernah produktif selain dari memerah wang dari rakyat termasuk juga dari ahli ahli PAS.Dan semua kemudahan yang dibina termasuk penghadang jalan dibina dengan wang rakyat yang bermakna kemudahan ini adalah milik bersama rakyat dan boleh digunakan rakyat tanpa sebarang sekatan yang boleh menafikan hak rakyat.

Kemudahan ini tidak dibina dengan duit pesaka tokki MPK dan bandar Chukai juga bukan peninggalan tokki MPK jadi kenapa MPK boleh begitu berkuasa ke atasnya.Begitu juga pekerja pekerjanya yang gaji mereka dibayar oleh rakyat termasuk ahli PAS boleh bertindak biadap dengan mengambil bendera dan meninggalkan tiangnya bersepah di tengah bandar?

MPK sebaliknya membiarkan UMNO berleluasa memasang bendera mereka di mana sahaja mereka kehendaki sehingga pagar pejabat MPK sering kali dilihat mengibarkan bendera UMNO.Di manakah keadilan yang hendak dibuat MPK dengan alasan menjaga undang undang?

Barangkali berbaloi kata kata seorang petugas PAS malam itu, biarlah kalau MPK nak cabut bendera kita kali ini tetapi mereka perlu mengambil risiko di cabut dengan bangunan bangunannya sekali sekiranya PR menang pilihanraya nanti.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh petugas PAS ini ialah MPK dan majlis tempatan lain tidak berfungsi untuk membela rakyat tetapi hanyalah sebagai barua politik UMNO dan perlu dibubarkan apabila PR mengambil alih negara nanti.Bandar Chukai dan lain lain bandar di negara ini bukan pesaka peninggalan tokki MPK dan majlis tempatan lain jadi tidak adil dan tidak mendatangkan apa apa faedah kepada rakyat untuk meneruskan apa yang sedang dibuat MPK dan majlis tempatan lain.

Ezam `Raja Sesumpah' Menemui Jodoh Dengan UMI `Ratu Sumpahan' ?

wfauzdin_ns
EZAM raja sesumpah kini telah menemui `pasangan' atau `jodoh'. Ini bermakna Ezam sesumpah bukan orang lain dengan YB Azmin kerana `jodoh' Ezam sesmpah adalah adik kandung kepada Azmin iaitu Umi Hafilda, suatu nama yang `glamour' di era 98 dan insan `terbuang' dari keluarga.

`Andartu' ini pernah bersumpah memegang Al-Quran tanpa menutup aurat, Al-Quran diperhinakan oleh wanita ini... Di dalam media haprak, wajah `andartu' yang dikatakan masih belum laku ini muncul kembali dengan membawa `sumpah' sepertimana yang kerapkali dilakukan oleh Ezam sesumpah. Setelah `konspirasi'nya gagal di awal kemunculannya di mahkamah di era 98, kemudiannya gagal untuk menceburi kerjaya politik apabila `andartu' ini ditolak oleh Puteri Umno atas kesalahan disiplin, kali ini beliau muncul untuk mendendangkan kembali cerita penglipur lara karangan Mahathir Kutty.

Umi Hafilda telah banyak memalukan keluarga Almarhum Ali, iaitu bapa YB Azmin Ali dan juga artis Azwan Ali. Jika dahulu, Azwan Ali begitu rapat dengan `andartu' ini setiap hari ulang-alik ke mahkamah di dalam kes Liwat 1 melibatkan drama DS Anwar dan Azizan. Pada waktu itu hubungan Azwan Ali begitu renggang dengan abangnya Azmin Ali. Sekarang, hubungan di antara Azwan Ali amat baik dan kembali bersatu dalam satu keluarga. Ini tidak berlaku kepada `andartu' ini. Beliau dikatakan tidak diakui anak oleh ayahnya sehingga ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Begitulah nasib seorang yang terbuang.

Kemunculan `andartu' yang ingin mencari glamour murahan ini untuk membawa kembali episod tahun 98 memperlihatkan betapa beliau sanggup berbuat apa sahaja hatta menjadi `pelacur politik' kepada sekutu Apco. Beliau telah diberi peluang untuk mendedahkan segala yang beliau tahu tentang kes liwat 1 dahulu, namun ianya tidak berhasil sama sekali. Kini, beliau ingin kembali menyelit di tengah-tengah kejahatan puak sekutu Apco untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Adakah kali ini beliau akan berjaya?

Tindakan beliau untuk menyaman DS Anwar, DS Wan Azizah malahan abang kandungnya sendiri YB Azmin adalah satu usaha terbaru `andartu' ini. Beliau besumpah dengan kalimah Allah sama seperti Ezam sesumpah pernah lakukan hanya kerana untuk menjatuhkan imej DS Anwar. Tetapi, semakin banyak mereka ini bersumpah, semakin tinggi imej dan darjat DS Anwar di mata rakyat dan semakin jatuh kredibiliti pemimpin sekutu Apco. DS Anwar terus diberi kekuatan moral dan beliau bukan semakin takut, bahkan semakin berani untuk berdepan dengan Najib. Siapa yang takut untuk berdepan dengan DS Anwar?

Inilah anugerah Allah seperti yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan `andartu' yang gila glamour ini. Tidak hairanlah jika Mahathir Kutty amat takut berdepan dengan DS Anwar hatta untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 1 dahulu. Najib juga bakal dipanggil untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 2 yang sedang berjalan sekarang. Adakah Najib akan mewarisi sifat penakut Mahathir Kutty? Bayangan penakutnya Najib telah mula kelihatan apabila enggan berdebat dengan DS Anwar di dalam isu ekonomi negara.

Saya mengalu-alukan usaha terbaru `andartu' Umi Hafilda ini. Beliau telah kembali mengingatkan kita tentang konspirasi tahun 98. Walaupun ramai yang terlibat di dalam konspirasi itu telah kembali ke dalam tanah seperti Peguam Mokhtar Abdullah (Mokhar Dugung), Penulis Buku Fitnah iaitu Khalid Jeffri, Hakim `Hacks' Augustine Paul, Dr Kristina Majid (Anwar pernah ditelanjangkan di depannya) dan beberapa orang lagi yang masih hidup tetapi `tersiksa' atau `terpulau', namun Umi Hafilda masih hidup untuk meneruskan `perjuangan' puak-puak yang telah ditanam itu. Syabas Umi `Ratu Sesumpah'.
wfauzdin.blogspot.com

Lagi Skandal Puteri Umno Sabah?

PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)
SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.
-sabahkini.net-