"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia - Anwar


AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.

Katanya,  tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri,  fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.
“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.
Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah
Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus
Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti  rasuah dan salahgunakuasa.
Tambah beliau, ketika rakyat berdepan  isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.
Malah katanya,  Umno menggunakan strategi jahat  untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.
“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.
Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan
Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.
Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Video Lucah : PKR Persoal Integriti Polis

PETALING JAYA, 29 APRIL: Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin hangat diperkatakan apabila siasatan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mula diketepikan.

Malah, beban tersebut dialih pula kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dirinya bukan pelaku dalam video seks berkenaan seperti mana yang didakwa trio ' Datuk T'.

Walhal, beliau merupakan individu utama yang membuat laporan berhubung penayangan video lucah dan intimidasi jenayah terhadapnya oleh trio 'Datuk T' iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim, 22 Mac lalu.

Tindakan pejabat Peguam Negara yang diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail mengembalikan kertas siasatan buat kali kedua kepada polis mula menampakkan campur tangan politik.

Lantas, Abdul Gani memberi alasan bahawa siasatan polis terhadap video itu masih tidak lengkap dan memerlukan pihaknya untuk memanggil Anwar untuk kali kedua bagi memberi keterangannya.

Namun, apa yang jelas polis masih belum memanggil ketiga-tiga individu yang mengaku menjadi dalang dalam menayangkan video lucah tersebut sehingga kini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya hari ini membidas jawapan tidak konsisten polis berhubung tumpuan siasatan selepas laporan itu dibuat bapanya lebih sebulan lalu.

Justeru dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes terbabit semakin jelas apabila polis mula menampakkan tindakanya bersekongkol dengan parti pemerintah untuk memerangkap Anwar walaupun prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa tertuduh perlu dilindungi.

"Semalam jawapan yang kami terima kenapa Datuk T tidak ditangkap, adalah kerana kes tersebut telah diserah semula kepada pejabat Peguam Negara. Tapi sehingga kini jawapan yang diberi itu tiada penjelasan.

"Dalam hal ini, apabila kita bercakap soal konspirasi kepimpinan BN sendiri banyak peristiwa yang berlaku telah menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab oleh mereka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut mengarahkan polis untuk kembali memberi tumpuan terhadap siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Secara keseluruhan isu ini adalah untuk mewujudkan tanggapan bahawa Anwar telah disiasat sebagai pelaku video berkenaan. Malah ianya langsung tidak menyentuh seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mengariskan kesalahan menggunakan video lucah untuk melakukan intimidasi jenayah serta memalukan beliau. Jadi anda selesaikan itu dahulu," kata beliau.

Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan sesi keterangan kedua Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, rata-rata pemimpin yang hadir bersama Ketua Pembangkang itu membidas bentuk soalan yang dikemukakan pegawai penyiasat.

Sementara itu, Peguam N Sankara menjelaskan kepada media bahawa polis cuba untuk mengalih fokus siasatan kepada individu di dalam video tersebut berbanding salahlaku penayangan video seks.

Tambah Tian lagi, beliau turut mendakwa terdapat segelintir polis yang bersekongkol dengan pemimpin Umno-BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah sememangnya pelaku dalam video seks berkenaan.

Katanya, polis secara senyap mendekati ahli jentera parti dan menasihatinya supaya tidak terjebak dengan dakwaan muslihat Anwar yang hanya akan merugikan dirinya sendiri.

Justeru, Tian mengakui bahawa polis merupakan agen Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti itu.

"Polis telah dipergunakan sebagai mesin propaganda Umno dan ini amat dikesali. Polis seharusnya menjauhkan diri dari politik dan sepatutnya lebih penumpuan dalam menguruskan jenayah serta keselamatan awam.

"Termasuk siasatan video itu, polis telah membazir banyak masa dan tidak tumpu kepada pelaksanaan undang-undang malah mereka seolah-olah "menari" mengikut rentak parti memerintah," ujar beliau lagi.

Manakala, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menegaskan bahawa undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua apabila ia melibatkan Ketua Pembangkang Malaysia.

Katanya lagi, perkara yang sama harus dilakukan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Saariibuu sekiranya polis ingin mengembalikan kepercayaan rakyat sekali gus mengangkat semula reputasi institusi itu.

"Kenapa ianya bukan standard yang sama apabila kes melibat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana beban untuk membuktikannya hanya kepada Datuk T dan bukan Anwar,"

Siapakah Wartawan Perempuan Yang Bertanyakan DNA Tadi?

Selatanonline

Di Sarawak ada wartawan 8TV tanya Dato Seri mengenai jam Omega dan hari ini pula kedengaran wartawan TV3 bertanyakan mengenai DNA pula. Begitu hebat wartawan dari Media Prima bertanyakan soalan lucah kepada Anwar.

Ketika di Sarawak, wartawan yang bertanya itu adalah perempuan dari 8TV dan hari ini juga yang bertanyakan DNA adalah perempuan.

Nampak gayanya wartawan perempuan lebih suka soalan berbentuk seks dan tidak hairanlah mengapa gejala sosial mengenai kes rogol datang disebabkan mulut perempuan.


Wartawan perempuan lebih meminati seks berbanding dengan wartawan lelaki. Itu sebab dalam rancangan TV, wartawan perempuan lebih layak memainkan peranan sebagai idola seks kepada soalan yang mereka tanya terutama berkaitan isu seks ini.

Sikap wartawan yang tidak menjaga air muka orang ramai juga mengundang masalah kepada persekitaran. Adakah mereka ketandusan berita sehingga menjadikan tajuk seks sebagai bahan berita mereka. Rakyat yang menonton sudah jijik dengan berita yang dilaporkan.

Jangan kerana mulut salah bertanya, ada wartawan yang kena rogol gara-gara soalan yang tidak masuk akal.  by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh