"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceramah Pakatan Rakyat diganggu, provokasi

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police
Penganjur majlis ceramah ketua umum PKR, Anwar Ibrahim di Melaka mempertikaikan cara pihak polis menyelesaikan insiden yang hampir mencetuskan ketengangan di antara kedua-dua penyokong Pakatan Rakyat dan BN.


Ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa pihak polis tidak berlaku adil di dalam menyelesaikan suasana tersebut yang dianggapnya lebih memihak kepada penyokong BN.

Menurutnya, ceramah berkenaan yang sepatutnya diadakan di Duyong namun terpaksa dipindahkan ke markas induk PAS di Bukit Katil setelah mendengar dan mematuhi nasihat polis.

"Kita punya program malam ini setelah membuat perbincangan dengan polis terpaksa dipindahkan daripada Duyong ke Bukit Katil atas alasan perlu dibuat di Markas.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar"Tetapi apabila kita membuatnya di Markas PAS mereka pula membuat provokasi. Tugas kita adalah untuk memaklumkan kepada polis untuk menghentikan perbuatan ini.

"Tetapi malangnya Ketua Polis Daerah Melaka Tengah datang dan mereka menyuruh saya leraikan ceramah yang sedang berlangsung tetapi dalam masa sama mereka tidak suraikan orang-orang yang melakukan provokasi tersebut," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehudin Abd Rahman.

Dalam insiden yang berlaku semalam, lebih 100 penyokong BN dikatakan telah melakukan provokasi terhadap lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan yang dilihat hampir menimbulkan kekacauan setelah pihak terbabit melontarkan kata-kata kesat termasuk ada segelintir penyokong yang cuba membaling objek seperti botol air minuman.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeBagaimanapun, kehadiran anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan itu.

Menurut Shamsul, pihak polis sepatutnya bertindak terhadap mereka yang memulakan insiden terbabit sehingga mengganggu kelancaran ceramah.

"Bila kita lapor sesuatu kesalahan, pegawai polis harus ambil tindakan kepada orang yang melakukan kesalahan tetapi dalam kes ini kami yang buat ceramah, mereka langsung tiada permit untuk berhimpun kerana ini bukan markas mereka. 

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Kalau boleh minta pihak polis berlaku adil, kita sudah bekerjasama dengan pihak polis, dan sekarang mereka lakukan provokasi kemudian kita minta polis campurtangan.

"Takkan kita nak campur tangan, kita boleh lakukan tetapi ia akan jadi satu kesalahan.

"Dalam kes ini mereka nampak cenderung memihak kepada BN sebab itu saya lawan kerana atas prinsip dan hak kita," katanya.

-malaysiakini-

Anwar kata corak kepimpinan Umno 'pandi kutty' lagi

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police
Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.


Biarpun suasana agak tengang dengan provokasi yang dijalankan ratusan penyokong BN yang dipisahkan hanya sebatang jalan namun majlis yang dirancang tetapi diteruskan seperti biasa.

Menurut Anwar, budaya yang diamalkan Umno sama sekali bertentangan dengan orang-orang Melayu yang dianggap penuh beradap sopan.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.

"Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya kepada ratusan hadirin.

Menurut Anwar, di dalam sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka tidak ada orang yang diaibkan dan dicerca sepertinya.

"Tetapi saya sehinga sekarang hari-hari dicerca dan diaibkan tetapi saya bersyukur mana-mana saya pergi sambutan masyarakat begitu baik terhadap saya.
anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka
Budaya Melayu

"Mana ada di dunia yang mencerca sebegini biarpun mengambil contoh dunia Arab sekalipun atau mengambil budaya Cina yang ribuan tahun ketamadunannya tidak mencerca orang seperti ini.

"Budaya Melayu pun begitu tetapi hanya pimpinan di Umno sahaja yang dilihat begitu terdesak menghina saya," katanya.

Menurut beliau, jikalau menyorot kisah di dalam Buku Sejarah Melayu ada terkandung kisah budaya masyarakat dan pemimpin Melayu yang sepatutnya diamalkan.

"Jika dibaca sejarah Melayu ada tercatat kisah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, di mana perjanjian antara rakyat dan raja atau pemerintah.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar"Rakyat mesti taat kepada pemerintah, jangan derhaka manakala raja mesti adil jaga kepentingan rakyat, kalau rakyat laku kesalahan walau sebesar mana pun jikalau ditakdirkan dia salah, dijatuhi hukuman bunuh pun maka ikutlah syarak.

"Ini sebenarnya budaya Melayu, maknanya salah atau benar pun perlu rujuk syarak, bukan rujuk nafsu, bukan tabur fitnah, bukan caci orang.

"Tapi jikalau salah bagaimana pun, jangan sesekali pemerintah aibkan hambanya. Jaga maruah dia, kalau aibkan juga mala petaka akan menimpa.

"Budaya Melayu tidak suruh, hanya budaya Umno sahaja yang mengamalkan cara sebegini," katanya.
-malayssiakini-

"Mereka Risau Isu Agama Rasmi, Hukum Qazaf, Sumpah Laknat ? " - DSAI





AYER KEROH 13 MEI: Bekas Pesiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan tentang tahap pemahaman masyarakat yang semakin menipis berhubung agama Islam.

Ini kerana menurutnya, pemikiran rakyat kini dikongkong dengan kejahilan sehingga rakyat terhindar daripada memahami prinsip Islam sebenar.

Berucap dalam program Seminar Maqassid Syariah Peringkat negeri Melaka sebentar tadi, Anwar menyifatkan Islam tidak mampu berkembang tanpa pemahaman khusus.

Justeru katanya, matlamat menerapkan nilai Maqassid Syariah adalah demi menjaga kehormatan insan.

"Mereka sibuk risaukan negara jadi negara Kristian akan tetapi hukum Qazaf, sumpah (laknat) dan hukum Syarak tidak dipatuhi sesetengah individu," ujarnya.

Ujarnya lagi sebarang bantahan perlu disuarakan mengikut landasan yang betul, seraya mengelak perbuatan menghina kaum yang berlainan agama.

Beliau mengambil contoh kejadian membakar gereja Kristian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang disifatkan tidak mengikut syiar Islam tentang menghormati kedudukan agama lain di negara ini.

Anwar berkata Maqassid Syariah yang diperkenalkan merangkumi keadilan sosial.

Justeru beliau menyuarakan gesaan membela nasib rakyat dengan kekayaan negara yang diperolehi dan bukan hanya kepentingan sesetengah pihak.

"Bank Islam catat untung tapi kalau tidak diberikan kepada rakyat maka ianya tidak memenuhi prinsip Maqassid," jelas beliau di hadapan 100 orang yang hadir ke program berkenaan.

Turut memberi ucapan Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Rahman.

Dalam pada itu tetamu khas yang diundang Profesor Dr. Wahbah Zuhaili dalam ucapannya berbahasa Arab menyatakan kepentingan Maqassid Syariah sebagai pilihan terbaik kepimpinan negara yang menitik beratkan hubungan hak asasi manusia.

Justeru beliau menyeru agar masyarakat berbilang kaunm di negara ini mendalami ilmu Maqassid yang menjaga kepentingan semua kaum dan agama.

Beliau kemudian mengakhiri ucapannya dengan mengajak umat manusia menyertai kumpulan yang mengangkat kedamaian.
-tvsnews-