"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersedia untuk serahkan Selangor dan Kedah

Mutaligat
Strategi jahat Umno sudah kita ketahui. Antaranya dengan mendaftarkan pengundi luar yang dipindahkan dari negei lain khasnya Sabah dan Sarawak ke negeri-negeri tersebut.

Apa persediaan PAS untuk menghadapi serangan jahat tersebut. Apakah kita akan kecundang sebagaimana kita berputih mata di Terengganu pada 2004 dahulu.

Kerja jahat mereka telah kita ketahui dan buktinya ada di hadapan mata. Sekarang masanya untuk kita mengambil tindakan tegas kepada kerja jahat BN dengan memperkudakan SPR, JPN dan agensi lain.

Diharapkan PAS kedua-dua negeri tersebut telah mengambil langkah yang drastik dan berkesan untuk memastikan Kedah dan Selangor terus diperintah oleh PAS dan PR selepas PRU 13 nanti. Jangan nanti kita menuding jari kepada satu sama lain selepas tewas.

Bubar PKR: KP RoS ikut telunjuk Umno, kata Anwar

anwar speech at mpaj 050511 05
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pegawai tertinggi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana bersikap tidak professional dan tunduk kepada campurtangan Umno untuk mensabotaj pembangkang.

Alasan RoS untuk mengharamkan PKR kerana memecat seorang ahlinya tidak masuk akal dan menzahirkan camputangan politik dalam jentera pentadbiran negara, kata Anwar dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

"Dalam kes terbaru Pendaftar Pertubuhan, (keputusan) jelas dibuat pada tahap yang cukup memalukan (apabila) rujuk kepada undang-undang yang salah dan menggunakan peraturan tidak konsisten," kata Anwar.

"Pemecatan ahli dilakukan oleh semua parti termasuk Umno. Ribuan ahli-ahli Umno yang menyertai menyertai Keadilan dipecat tanpa tunjuk sebab oleh RoS tetapi untuk kita, satu kes dijadikan sebagai alasan untuk membatalkan pendaftaran," kata Anwar.

Justeru, gagasan itu menolak perlakuan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang didakwa menindas PKR, kata ketua umum parti itu.

NONE"Saya ingin mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan, bahawa mirip politik itu hak mereka tetapi apabila mereka diperalatkan sebagai perkakas murahan sebegitu, darjat profesionalisme pegawai dalam sistem pentadbiran itu akan terjejas," katanya.

Anwar berkata kepimpinan Umno sekali lagi bersikap diktator apabila menggunakan RoS untuk membubar PKR berasaskan undang-undang parti yang direkayasa dan maklumat salah.
Bertindak zalim

Beliau berkata sekalipun RoS bertindak zalim membatalkan PKR, perjuangan parti itu tetap diteruskan. 

"Saya ingin mengingatkan mereka kalau pun dibatalkan, kita akan tetap lawan, kita yakin dan kita ada cara atasinya. Jangan mereka ingat mereka ini (Hosni) Mubarak," kata beliau merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang ditumbangkan dalam arus kebangkitan rakyat menuntut demokrasi dan keadilan.

Dalam wawancara dengan TV Selangor ini, Anwar berkata pihaknya akan sentiasa mendokong pegawai kerajaan yang mengutamakan keberhasilan negara tetapi menolak mereka yang bertindak bagi memenuhi agenda politik Umno. 

NONEAwal minggu ini RoS memberi notis membatalkan pendaftaran PKR mulai 9 Jun depan kerana memecat seorang ahli bernama A Jayagopal pada tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

Namun peruntukan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.

Pimpinan PKR menyifatkan notis RoS itu berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.

-malaysiakini-

RoS Patut Lucut Pendaftaran Umno, Kata Saifuddin

Hadri Yaziz

PETALING JAYA 19 MEI: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pendaftaraan Umno terlebih dahulu sebelum membatalkan permit PKR.

Ini kerana, Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memecat beliau pada September 1998  tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatankuasa disiplin parti itu.

Justeru menurut beliau, sekiranya RoS ingin membatalkan permit PKR kerana bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti, maka agensi kerajaan itu juga seharusnya membatalkan pendaftaran Umno.

"Contoh, September 1998, Saifuddin dipecat daripada Umno tanpa dipanggil membela diri atau mengadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi. Saya adalah jawatankuasa disiplin Umno.

"Dua minggu selepas Datuk Seri (Anwar) dipecat, saya pula dipecat tetapi tidak dipanggil. Jadi kalau pemecatan anggota parti tanpa melalui Lembaga Disiplin, RoS juga patut batalkan pendaftaran Umno. Hantar surat macam ini juga kepada Umno pada tahun 1998," ujar beliau.

Saifuddin yang ditemui media sebelum itu memperjelaskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengemukakan notis bertarikh 9 Mei 2011 mengugut untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Alasan yang dikemukakan pertubuhan itu mendakwa PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian seorang anggota parti yang bertanding tanpa mendapat watikah perlantikan daripada parti.

Jelasnya lagi beliau tidak menyesal dipecat oleh Umno-BN kerana menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamed berikutan dakwaan liwat terhadap bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.

"Itu jelas saya masih ingat. Saya menerima surat daripada Setiausaha Agung, Sabaruddin Chik. Bukan mahu ungkit tapi mahu menyebut fakta. (saya) tidak menyesal," katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Saifuddin menang dengan majoriti undi 1, 460 ke atas calon BN, Datuk Sazmi Miah di kerusi Parlimen Machang.  

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia) dan pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang