"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengalaman ngeri wartawan BernamaTV di Somalia

"Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," kata wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya.
noramfaizul mohd nor


Beliau dan Noramfaizul (kanan), 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air esok.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Berikut catatannya:

Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

somalia war deserted street
Saya mendengar dua das tembakan, diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.


Keadaan menjadi begitu kelam-kabut, dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (kira-kira 1 tengah hari waktu Malaysia).

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat Charlie C-130 pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (kira-kira 3.15 pagi waktu Malaysia) bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 9 pagi esok.

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu.

Al-Fatihah buat saudaraku, Allahyarham Noramfaizul.
-Bernama-

Pandangan Sejarah Mat Sabu Betul

Mohd Sayuti Omar

SEHARI dua ini media massa penjilat buntut UBN telah melancarkan serangan ke atas timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu. Isu yang dikaitkan kali ini ialah kononnya Mat Sabu sokong komunis. Ia bermula dengan ucapan atau ceramah Mat Sabu mengenai kemerdekaan pada bulan lepas di Pulau Pinang.


Dalam ucapan itu Mat Sabu dilaporkan telah mengikhtiraf pihak yang menyerang dan membunuh keluarga polis dalam peristiwa Bukit Kepong (1950) sebagai hero atau perjuang kemerdekaan sebenar. Mat Sabu mengikhtiraf bahawa Mat Indra sebagai hero yang sebenarnya.

Mereka yang tahu menilai dan arif meneliti sejarah tidak akan mudah terkaget dengan dakyah itu. Memang dalam konteks sebenarnya penyerang Balai Polis Bukit Kepong itu terdiri daripada pasukan yang mahu membebaskan negara ini dari penjajah. Balai Polis berkenaan adalah di bawah kuasa Bristish yang menjajah negara ini pada ketika itu.

Saat itu dalam konteks orang Melayu negara ini belum milik Melayu. Atau ia bukan kerajaan Melayu (Malaysia). Malaysia belum merdeka dan berada di bawah pemerintahan British. Jadi pasukan penyerang itu adalah salah satu pasukan atau puak yang ingin memerdekakan negara ini. Apa yang perlu difahami apakah pasukan yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan menghalau sejarah itu salah?

Itu hakikat dan realitinya. Jadi kalau Mat Sabu mengatakan pasukan penyerang itu adalah hero ia adalah benar dan satu kenyataan yang tidak boleh ditolak dengan apa dalil pun dalam konteks perjuangan membebaskan negara dan bangsa. Cuma di dalam hal ini apa menyebabkan kita merasakan sedikit kontras (mengelirukan umum) dengan pengikhtirafan Mat Sabu itu ialah kerana yang menjadi mangsa serangan itu Melayu beragama agama.

Tetapi perlu diingat jangan pula kerana yang terlibat itu orang Melayu dan Islam mudah kita menerima ia sebagai satu kebenaran? Tidak begitu di dalam memahami sejarah atau pun hubungan peristiwa berkenaan dengan kemerdekaan kita. Sejarah tidak boleh dipesongkan kerana ia ada fakta tentangnya.

Sepatutnya dalam hal ini kita tidak perlu melihat kepada sentimen agama dan bangsa. Yang patut dinilai ialah siapa mereka itu atau apakah kedudukan mereka ketika itu menempati kebenaran? Mereka yang menjadi polis atau tentera yang bekerja dengan British tetap dianggap sebagai berkerja atau berkhidmat di pihak yang tidak benar.

Mungkin sudah menjadi tektik British meletakkan orang Melayu di depan untuk menjadi benteng mereka, dalam kata lain kita hanya menjadi pengawal kepada usaha mengekalkan kuasa mereka saja. Jelasnya di sepanjang pemerintahan British orang Melayu menjadi alat kepada kolonial itu.

Saya rasa kalau yang mati itu bukan Melayu ia tidak akan menjadi masalah hari ini. Kenapa? Kerana kita mudah menerima apa-apa yang dilakukan oleh bukan Melayu dan bukan Islam itu sebagai jahat. Ini menunjukkan kita dalam menilai sesuatu bukan kepada fakta dan situasi sebenarnya tetapi masih berlegar kepada soal bangsa dan agama. Sentiman kaum dan agama terlalu kuat menghujam kita sehingga kita terpesong dalam memahami erti hidup yang sebenarnya. Lantaran itu kehidupan kita seharian dalam apa benda pun penuh dengan bidaah dan sayrik.

Pada saya kalaupun siapa dia tetapi dia mempertahankan kemungkaran - kerajaan penjajah adalah kerajaan mungkar, ia perlu ditentang kerana ia bersubahat dengan kemungkaran. Demikian dengan 25 anggota polis yang meninggal itu adalah mereka yang bersubahat dengan kemungkaran mempertahankan penjajah British. Persubahatan itu mungkin tanpa disedari mereka sendiri.

Jadi kalau semua pihak faham apa yang Mat Sabu utarakan itu ia tidak menjadi masalah. Apakah kerana seseorang itu Melayu dan Islam apabila ia terlibat dengan kegiatan mungkar kita perlu menyokongnya? Tidak... benar tetap benar dan inilah dipraktikan oleh kerajaan UBN selama ini.

Hal atau sejarah Bukit Kepong itu samalah dengan apa yang kerajaan UBN lakukan kepada peristiwa Memali iaini Ibrahim Libya dan pengikutnya. Pembunuhan terpaksa dilakukan kerana kerajaan memutuskan kegiatan Ibrahim Libya itu memberhaya kepada negara. Jadi tanpa mengira siapa Ibahim dan pengikutnya ia dibunuh dengan kejamnya. Kenapa pula dalam kes Ibrahim Libya ini tidak ramai orang Melayu mengambil kira soal sentimen agama dan bangsa? Kenapa kerajaan UBN bunuh?

Demikian juga dengan kumpulan al Mauanah yang diketuai oleh Mohamad Amin. Walaupun Amin itu Islam tetapi kerana aktivitinya mendatangkan kemudaratan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong ia dianggap sebagai pengkhianat tanpa melihat dia seorang Islam dan Melayu. Anihnya kenapa pula pembunuhan ke atas Ibrahim Libya, Mohamad Amin dan lain-ain itu tidak dianggap sebagai kezaliman? Kenapa tiada kecaman seperti kecaman ke atas Mat Sabu itu dalam kes ini? Kenapa?

Inilah sikap atau pun kesedaran double standard orang kita terhadap sesuatu isu atau peritiwa. Selagi sikap ini terus kekal dan memantap dalam diri kita maka jauh lagilah untuk kita mendapati kebenaran dalam hidup dan akan terus terkeliru yang akhirnya kekeliruan itu menimbulkan polimek dan menjadikan kita terus bergaduh. Orang Melayu hari ini bergasak sesama sendiri disebabkan berlaku kekeliruan dan berpegang kepada teras yangb tidak jelas.

Seluruh kekuarga polis yang mati diserang di Bukit Kepong itu harus menerima hakikat ini. Bahawa kaum kerabat, ayah atau datuk mereka mati bukan mempertahankan hak Melayu dalam erti kata sebenarnya. Mereka bukan mati mempertahankan kemerdekaan atau inginkan kemerdekaan. Tetapi mereka mati kerana mahu mempertahankan kerajaan British yang menjaja bangsa dan budaya kita.

Makanya tanpa merasai sentimen mereka adalah Melayu dan Islam perbuatan mereka itu bukan sesuatu yang perlu dikenang dan diagungkan melewati kewajarannya. Saya menyokong pendapat mengatakan kekeliruan kita dalam menerima siapa hero sebenarnya ini disebabkan putar belit dalam sejarah negara ini yang didongenagkan demi kepentingan penjajah.

Di sini saya ingin menurunkan kata-kata yang pernah dilapazkan oleh bekas tokoh Umno dan perjuang Melayu, Allahyaraham Abdul Ghafar Baba. Katanya apa salahnya kalau komunis itu Islam? Mesej yang beliau hendak sampai, Ghafar sendiri tidak menghukum perjuangan di hutan orang Melayu menerusi PKMM itu sebagai salah ataupun mereka adalah menentang Tuhan.

Mungkin Ghafar sepanjang hayatnya tidak mahu bercakap seperti Mat Sabu bagi membetulkan sejarah kerana kedudukannya di dalam Umno ketika itu cukup lumayan namun dari kata-kata itu dapat ditafsirkan bahawa Allahyarham Ghafar menerima kesucian dan kekudusan perjuangan PKMM.

Anwar, selangkah lebih hampir sebagai Perdana Menteri

Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei
Terdapat kecenderungan untuk perkara-perkara kontroversi di negara ini. Setiap perkara kecil akan di perbesar-besarkan. Setiap kenyataan, setiap kesilapan dalam mengeluarkan kata-kata, akan digunakan terhadap seseorang, terutama jika individu tersebut dari pihak pembangkang. Mana–mana isu yang dipaparkan oleh media utama atau MSM, maka semua akan mencetuskan haru–biru dan memperkatakan tentang isu tersebut.

Terbaru, ucapan pemimpim PAS, Mat Sabu di Pulau Pinang telah mencetuskan kacau bilau dalam neagra. Sekurang-kurangnya 49 lapuran polis dibuat dan pemimpin-pemimpin BN bersatu menghentam ucapan tersebut. Pihak polis mahu menyoal siasat beliau Timbalan PM Muhyiddin Yassin menggesa beliau supaya bertaubat dan berhenti dari bercakap bohong. Walau bagaimana pun kecohnya ‘drama’ tersebut, berikan masa 1 bulan lagi, tiada siapa yang akan ingat apa yang kononnya telah dikatakan oleh Mat Sabu dalam ucapannya.

Hal yang sama berlaku terhadap isu ‘Allah’, isu kitab Injil Bahasa Melayu dan Perdana Menteri Kristian. Semuanya amat kecoh di awalnya tetapi kemudian berlalu dalam diam.

Usaha menjatuhkan Anwar
Penglibatan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dalam klip video seks adalah lebih menarik. Video Datuk T tersebut lebih menggemparkan dari gabungan semua isu-isu lain. Ketiga-tiga dalam trio tersebut telah di dakwa, walaupun hukumannya sekadar hukuman ringan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan masih mencuba mengatakan yang Anwar bersalah, walaupun di mata masyarakat, ianya ialah sebuah usaha yang gagal untuk menjatuhkan pemimpin pembangkanag tersebut. Hampir tiada siapa lagi yang menyebut isu tersebut, kecuali mereka yang menggeleng kepala dan mengutuk budaya korup UMNO yang dituduh mereka-reka video tersebut.

Faktor mengejutkan ialah pendedahan dari bekas duta AS ke Malaysia John Malott menguatkan lagi kesangsian yang ada di kalangan masyarakat Malaysia.

Malott memaklumkan terdapat satu pakatan politik untuk menghapuskan Anwar, dan bagaimana orang kanan Perdana Menteri Najib Razak, Razak baginda telah memberitahu kepada seorang pegawai senior di kedutaan, :keputusan telah dibuat, mereka akan nuke Anwar sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi di arena politik”.

Seorang pegawai cawangan khas memberitahu pegawai atasan kedutaan bahawa kami akan terus menerus mendakwa Anwar supaya beliau dipenjarakan untuk 100 tahun lagi.

Masih jauh dihadapan pencabarnya
Sehingga hari ini Anwar masih teguh berdiri.

Beliau mungkin diancam dengan lebih teruk dan dikaitkan dengan dakwaan meliwat pusingan kedua oleh kerajaan Najib yang mungkin menghalang beliau dari kembali ke arena politik. jangan silap, Anwar, 64 tahun lebih hebat, manakala musuhnya yang berusia 58 tahun, Najib Razak, semakin merudum. Pendapat umum terbaru mengejutkan ramai bila mana dilapurkan populariti Najib telah menurun sebanyak 6% kepada 59% dalam masa 3 bulan sahaja.

Permainan ini dipanggil kelayakan, permainan roller coaster jatuh bangun dimana hanya yang kuat akan berjaya. Ianya sesuatu yang perlu dipelajari oleh UMNO dan ahli politik baru, tiada pelajaran yang lebih baik dari saga 1998 dan 2008 Anwar lawan Najib lawan Mahathir.

Kelayakan sejati akan mengatasi kontroversi, samada yang benar atau yang di ada-adakan. Dan tidak ada public relation semahal mana yang dapat membetulkan kelayakan yang silap atau palsu, akibat dari hipokrasi dan ketidakjujuran.

Walaupun berada di kedudukan yang lebih baik dan kuasa yang dimiliki dengan jawatannya, Najib gagal dan hampir disingkir dari kepimpinan UMNO oleh teman2 seperjuangan nya termasuk Muhyddin. Kenapa? Kerana Najib gagal memenuhi tugasnya dan lebih buruk lagi, berkali kali beliau gagal memenuhi janjinya keapda rakyat, dari Model ekonomi baru kepada kes kematian Teoh beng Hock dan yang terbaru, rally Bersih 2.0.

Anwar pula, walaupun berbagai ribut melanda akibat kes liwat II dan klip video Datuk T, masih berdiri utuh dengan polisinya. Beliau telah menunjukkan kewibawaannya, keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi. Bukan sesuatu yang pelik baginya walaupun beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara akibat dakwaan meliwat, Anwar dilihat sebagai semakin hampir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13.

Bakal PM, satu kemungkinan
Tidak disangkal lagi bahawa popularity Anwar semakin bertambah kukuh, bukan hanya di mata masyarakat di Barat, malah juga di Timur. Anwar dikaitan dengan kebangkitan rakyat Arab di musim luruh terhadap rejim zalim seperti yang terbaru, kejatuhan Gaddafi di Libya, Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia, yang di samakan dengan pimpinan UMNO-BN.

Ini adalah satu sebab lagi mengapa Najib dan UMNO amat takut kepada karisma Anwar dan mereka sedar walaupun ada kemungkinan berlaku perubahan jumlah pengundi sekiranya Anwar dipenjarakan, mereka masih merasakan perlunya untuk menghumban Anwar ke penjara. Pernah menjadi hero orang melayu satu ketika dulu, bukan perkara sukar untuk Anwar untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu dan mereka melihat beliau sebagai pemimpin, walaupun berbagai serangan yang dibuat oleh MSM.

Kesilapan dalam menghukumnya untuk kes liwat II akan melengkapkan pusingan kejatuhan Anwar dari pucuk pimpinan atasan. Hukuman penjara akan membuatkan beliau dilihat sebagai hero yang lebih hebat kepada rakyat dan akan melonjakkan populariti nya yang amat ditakuti UMNO, terutama nya musuh utamanya Mahathir Mohamad dan pesaing terdekat untuk jawatan PM, Muhyddin Yassin.

Phobia Anwar dalam UMNO
Dalam pada itu, di dalam UMNO sendiri, Anwar phobia semakin bertambah teruk. Yang terlibat semakin panic, dan tidak sabar untuk menghapuskan nya. Kehadiran nya terus mengganggu tidur lena mereka yang berkenaan.

Ini juga adalah salah satu sebab kenapa Anwar perlu memberi lebih perhatian kepada soalan keselamatan. Apabila kekalahan dalam PRU 13 semakin jelas dan tidak dapat dielakkan, senjata UMNO pasti akan menjadikan Anwar sasarannya. Beliau dan ahli kelaurga nya juga telah menjadi sasaran ugutan bunuh. Terbaru, yang berlaku pada 9 Julai, dimana Anwar yang kelihatan terkejut, dijadikan sasaran oleh pegawai polis yang menembak gas pemedih mata ketika ralli Bersih.

Kemuncak Anwar phobia ialah pada pilihanraya kecil Permatang pauh 2008, dimana Anwar menang walaupun kerajaan telah mengurangkan harga minyak, memerintahkan serbuan anti rasuah terhadap kerajaan Pakatan perak, dan kemunculan tuduhan liwat II.

Dari seorang professor pelawat, Anwar bergerak menjadi pemimpin pembangkang sepenuh masa. Dan ini menjadikan beliau musuh utama no 1. Bila beliau merancang ambil alih kuasa kerajaan persekutuan dengan ‘defection’ (berpaling tadah) pada 16 sept gagal, UMNO berpeluang untuk menghentam beliau dengan lebih hebat.

Keadaan terdesak dan langkah berjaga-jaga

Pada ketika ini, Najib yang terdesak mencuba segala jalan dan cara untuk menhalang. Tapi seharusnya pertahanan yang utama ialah terhadap kawan-kawan nya dalam UMNO daripada terhadap Anwar.

Bagaimanapun, Najib sedar jika Berjaya menghapuskan pengaruh Anwar, Najib mungkin dapat meraih sokongan dalam UMNO dan mengalahkan timbalannya Muhyiddin pada saat-saat akhir.
Mungkin sebab itulah, Najib memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Hari raya 1Malaysia. Tiada kes klasik Anwar phobia yang lebih hebat dari ini, walaupun menteri penerangan Rais yatim berkata tiada motif disebaliknya.

Bagi Anwar, beliau perlu meningkatkan keselamatan beliau dan juga ahli keluarga. Keadaan terdesak sudah semakin hampir di Malaysia
-Malaysia Chronicle-