"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakaian bio, gentian susu: ENAM liter susu untuk menghasilkan sehelai baju.

ENAM liter susu diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju.
HANOVER, Jerman: Seorang pereka fesyen yang juga merupakan pakar mikrobiologi, Anke Domaske mengejutkan dunia fesyen apabila berjaya mencipta baju daripada gentian susu. Domaske, 28, menemui cara menggabungkan susu tepung dengan bahan lain untuk menghasilkan sejenis fabrik istimewa. Rekaan pakaiannya diberi nama Qmilch.
ANKE DOMASKE bergambar bersama model dan pakaian yang dihasilkan daripada gentian susu.
"Fabrik susu ini mengandungi protein yang berperanan memastikan kulit anda berada dalam keadaan sihat. Pakaian bio merupakan satu trend baharu yang akan bermula dalam industri fesyen dan kami kini berada di hadapan," kata Domaske yang membangunkan gentian susu tersebut dalam tempoh hanya dua tahun.

Dia juga percaya teknik yang dibangunkan dengan kerjasama Institut Fiber Bremen itu boleh diaplikasikan ke dalam industri lain termasuklah ubat-ubatan.

Sebelum ini, beberapa buah syarikat Eropah seperti H&M dan C&A telah menghasilkan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas organik. Tetapi kebanyakan material organik adalah mahal untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

Gentian susu tersebut mengandungi 18 asid amino yang memberi faedah kepada kesihatan. Untuk menghasilkan sehelai baju, Domaske memerlukan sehingga enam liter susu.
 -Agensi-

Doktor gigi jalanan: Cabut gigi semurah RM6.50


PARMINDER SINGH merawat gigi seorang pelanggannya di tepi sebatang jalan di Srinagar, India.
SRINAGAR, India - Penduduk di bandar ini, wilayah Kashmir tidak gemar mengunjungi klinik-klinik gigi untuk mendapatkan rawatan pergigian.

Mereka sebaliknya lebih suka menemui doktor-doktor gigi tidak bertauliah yang beroperasi di tepi jalan-jalan sekiranya mahu gigi mereka dicabut.

Berbekalkan beberapa peralatan asas termasuk pahat, doktor-doktor gigi jalanan tersebut hanya mengenakan caj sekitar AS$2.03 (RM6.50) untuk perkhidmatan mereka. 
-Reuters-

Dr Mahathir boleh dikenakan tindakan hina Dun

M Faqih
KOTA BHARU, 6 Okt: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikenakan tindakan menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana menghalang Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).

Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhujah surat Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan pada 1994 dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurutnya anggota Dun di kalangan penyokong kerajaan boleh mengusulkan dalam dewan untuk diambil tindakan terhadap Perdana Menteri.

“Tak kan pula surat yang pernah dihantar Perdana Menteri menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan ada tarikh luputnya.

”Perdana Menteri boleh dipanggil menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan kerana surat yang dihantar boleh disifatkan sebagai menghina keputusan Dun,” katanya pada wacana pelaksanaan hudud di Kelantan di Kota Darulnaim petang ini.

Turut bertindak sebagai ahli panel pada wacana tersebut dua orang yang terbabit menggubal rang undang-undang hudud iaitu Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan bekas anggota Exco, Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Jawatankuasa pengubal rang undang-undang tersebut diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Anggota lain termasuk Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad, Prof Ahmad Ibrahim dan bekas Pendakwa Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan UIAM berkata, tindakan sama boleh dikenakan terhadap bekas Ketua Polis Terengganu yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan Terengganu yang juga melulus enakmen hudud ketika di bawah pentadbiran PAS.

“Sepatutnya ada pihak yang membuat usul pada persidangan Dewan kerana tindakan seumpama itu boleh ditakrifkan sebagai menghina Dewan,” katanya.

Sedangkan menurutnya di bawah Akta Polis disebut dengan jelas pasukan itu berperanan melaksanakan tugas sama di bawah undang-undang sivil atau syariah.

Sebelum itu pada hujah awalnya beliau berkata, tidak ada lagi sesuatu pelik di negara ini apabila kerajaan melanggar sesuka hati undang-undang dan perlembagaan.

Contohnya hal ehwal agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya persekutuan.

Namun katanya, kerajaan pusat melanggar peraturan apabila turut menubuh agensi agama sendiri.

Malah kata Dr Abdul Aziz banyak lagi perlanggaran perlembagaan dilakukan kerajaan pusat termasuk menghapus imuniti raja-raja Melayu dan kuasa perkenan yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak perlu kepada pindaan perlembagaan dengan mendapat majoriti dua pertiga bagi melaksana hukum hudud di Kelantan.

Ketua Hakim Syarie pula mencadangkan pelaksanaan hukum hudud dijalankan terlebih dahulu, biar pun ada pihak yang mahu mencabarnya.

“Kita buat dahulu biar orang cabar perundangan itu kemudiannya. Perundangan tersebut mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan bagi meredakan pertikaian di kalangan masyarakat,” ujarnya.

Beliau juga memberitahu Jadual 9 Perkara 2 Perlembagaan membenarkan negeri melaksanakan hukum syariat.

Begitu juga Perkara 11 berkaitan kebebasan mengamalkan agama membawa maksud membolehkan perundangan Islam dilaksanakan kerana termasuk dalam perkara membendung jenayah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, polemik pelaksanaan hudud di Kelantan kini semakin terelai apabila banyak pandangan baru dicetus melalui siri wacana yang diadakan.

“Perbincangan pada hari ini nampaknya memberi nafas baru kepada kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan undang-undang hudud.

”Tidak banyak lagi halangan untuk kita laksanakan kerana selama ini kita memikirkan ada krisis perlembagaan.

”InsyaAllah kita akan bincang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang terdekat ini,” katanya.

Menurutnya kemungkinan pada 17 Oktober ini kelab penyokong kerajaan (BBC) akan mengemukakan sesuatu usul dalam Dewan berkaitan hudud.

Mengenai dua mahkamah khas syarie yang dicadangkan Ketua Hakim Syarie katanya, ia hanya dari aspek teknikal sahaja.